Followers

Saturday, September 10, 2011

SELAMAT BERJUANG ............




Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”


Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

-
Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:


سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”



Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”


Ya Allah , Engkau Pandanglah segalau usaha kami yang sedikit ini ya Allah.
Engkau bukakanlah pintu hati anak-anak kami yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini agar dapat mengingati segala pelajaran yang telah dipelajari Ya Allah.

Engkau limpahkanlah ilmuMu yang Maha Luas itu ke dalam hati-hati kami serta hati anak-anak kami Ya Allah.

Engkau berikanlah ketenangan di hati anak-anak kami pada sepanjang berada di dewan peperiksaan Ya Allah.

Berikanlah juga kami semua kesihatan dan kesejahteraan Ya Allah.

Engkau berikanlah ilham yang baik dan bernas kepada anak-anak kami ketika mereka menjawab soalan-soalan Ya Allah.

Engkau kuatkanlah semangat mereka, teguhkanlah pendirian mereka, dan berikanlah petunjuk kepada jalan yang engkau redhoi Ya Allah.

Akhirnya, Engkau berkatilah segala usaha kami ini Ya Allah dan berilah kami semua kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

Amin Ya Rabbalalamin.

4 comments:

  1. yeay,, boleh 5A. kalau xdapat jgn rase down lak k. hehe

    ReplyDelete
  2. Diiring doa semoga cemerlang milik semua...Amin...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih semua. Semoga kejayaan milik kita...

    ReplyDelete