Followers

Wednesday, April 27, 2011

Program " Community Policing" ......... SKTS



Pada 27 April 2011 yang lalu, SK. Trolak Selatan telah mengadakan Program "Sehari Bersama-Sama PDRM" dari IPD Tanjong Malaim, Perak. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi berakhir jam 1.00 tengah hari. Seramai 23 anggota yang diketuai oleh Insp. Muhammad Afiq b. Abd. Majid selaku Pegawai Penyelaras telah telah memulakan program dengan mengadakan taklimat kepada para peserta di dataran kejat.

Para peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahun 5 dan 6 telah dipecahkan kepada 10 kumpulan kecil. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh 2 orang fasilitator yang memyampaikan ceramah tentang Kes Juvana, penyalahgunaan dadah, keselamatan di jalan raya serta langkah-langkah untuk keselamatan diri dalam pelbagai situasi.

Selain itu pelbagai pertandingan juga diadakan , antaranya ialah :

a) pertandingan Futsal antara murid
b) pertandingan kuiz
c) pertandingan basikal selamat
d) pertandingan tarik tali antara bapa dan anggota polis
e) pertandingan menongkat motosikal peronda (guru-guru)

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh ASP Sila anak Kadung, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Tanjong Malim. Sebelum itu beliau juga telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Turut hadir pada majlis ini ialah YDP PIBG En. Sulaiman b. Harun dan Naib YDP PIBG En. Ibrahim b. Arshard.

Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu Polis oleh semua anggota yang hadir.

Semoga program seperti ini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.


































Klik pada gambar untuk "enlarge".

2 comments: