Followers
Tuesday, April 5, 2011
Latihan Kecemasan, Kebakaran dan Pengungsian Bangunan .... SKTS 2011
Pada kira-kira jam 9.30 pagi 5 April 2011, suasana hening di Sekolah Kebangsaan Trolak Selatan dikejutkan dengan bunyi loceng yang berbunyi tanpa henti. Semua warga SKTS sedar bahawa itu menunjukkan situasi kecemasan dan mereka perlu segera meninggalkan kelas bergerak ke tempat yang selamat.
Sebuah bilik yang terletak di tingkat 3 bangunan A didapati telah terbakar. Setelah guru yang berada di setiap kelas pasti tiada lagi murid yang tercicir maka mereka juga turut bergegas meninggalkan bilik masing-masing.
Di pejabat, guru Penolong Kanan telah menghubungi pihak Bomba Dan Penyelamat dengan mendail 999. Semua Buku Kedatangan juga telah dibawa keluar.
Api yang marak dengan cepat menyebabkan semua warga SKTS hanya dapat memerhatikan dari jauh kerana ia mungkin membahayakan sesiapa yang berada dekat dengan tempat kebakaran berlaku.
Jentera Bomba yang tiba 21 minit kemudian bersama-sama 7 anggota telah dimaklumkan oleh Penolong Kanan lokasi kebakaran serta kehilangan 2 orang murid yang masih belum dapat dikesan.
Cikgu Ahmad Rafie selaku guru bertugas, menenangkan murid-murid yang berkumpul di padang. Walau bagaimanapun setelah diperiksa, didapati 2 orang murid dari kelas 5 Bestari telah hilang dan dipercayai terperangkap dalam kebakaran.
Encik Ahamad b. Ab Wahab selaku ketua pegawai bertugas menyelia operasi memadam dan menyelamat oleh anggota beliau.
Dua orang murid yang dipercayai terperangkap dalam kebakaran dapat diselamatkan oleh anggota bomba bertugas.
Anggota Bomba yang tiba sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran di tingkat 3 bangunan A.
Komen dan taklimat telah disampaikan oleh Ketua Balai iaitu Encik Ahamad b. Ab Wahab. Secara keseluruhannya beliau amat berpuas hati tentang keberkesanan latihan yang telah dijalankan. Masa yang diambil oleh murid-murid dan guru untuk mengosongkan bangunan ke tempat yang selamat ialah 1 minit 30 saat iaitu di bawah 3 minit, masa standard maksimum yang ditetapkan untuk menyelamatkan diri daripada kawasan berisiko atau benbcana. Selain itru beliau juga berpuas hati kerana jentera bomba hanya mengambil masa 21 minit untuk tiba di lokasai kejadian sejauh 25 km iaitu kurang daripada 29 minit yang di sasarkan dalam KPI jabatan.
Selain itu beliau menambah supaya pintu bilik ditutp oleh guru setelah memastikan tiada mangsa yang tertinggal atau terperangkap bagi mengelakkan bilik diceroboh pihak yang mengambil kesempatan.
Beliau juga mengingatkan supaya suis elektrik ditutup kecuali suis yang digunakan untuk komputer yang mempunyai "link" ke internet supaya komunikasi tiudak terganggu.
Pengawal keselamatan, guru-guru dan murid-murid diberi peluang menggunakan alat pemadam api dengan cara dan kaedah yang betul.
Gambar kenang-kenangan En. Faisal (Setiausaha Program) bersama-sama anggota pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Slim River.
Encik Abdul Halim b. Ahmad selaku Penolong Kanan HEM menyampaikan hamper sebagai tanda terima kasih kepada Ketua Balai Encik Ahamad b. Ab Wahab. Semoga aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang. TERIMA KASIH DAUN KELADI .....
Pasukan Bomba dan Penyelamat bergerak pulang setelah misi pada pagi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya ......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Khidmat komuniti dulu biasa la gi main air paip bomba ney..hehe
ReplyDeleteteringat zaman sekolah dulu ada macam ne jugak...;_0
ReplyDelete