Followers

Tuesday, March 8, 2011

Kejohanan Olahraga MSSPK, 2011 .. Hari Ke-2



Pada hari kedua kejohanan, kontijen SKTS menghantar 6 orang peserta yang kesemuanya mengambil bahagian dalam acara larian 200 meter L12, P12, L11 dan P11.

Sampai sahaja di Stadium Proton City, ada peserta yang mengadu lapar. Jadi apa lagi keluarlah roti dan kaya bersama-sama 100 Plus. Apa-apa hal pun perut mesti dialas tapi tak boleh banyak nanti tak boleh nak lari.

Keputusan keseluruhan tidaklah menghampakan tetapi tidak juga cemerlang. Keputusan pada peringkat sareingan adalah seperti berikut :

1) Iman Zul Hakim b. Abd Rasol : penyertaan ditolak kerana kesilapan teknik
2) Nurul Syahirah bt. Razali : Tempat ke-2
3) Nur Nabihah b. Ahmad Rafie : Tempat ke-2
4) Muhamad Shahwal b. M. Jelani : Tempat ke-2
5) Nor Alif Najmi b. A. Bakar : Tempat ke 4
6) Hadi Addarini b. Hasnor : Tempat ke-6

Walau bagaimanapun kesemua peserta tidak layak ke peringkat akhir.


































Kalau masa datang, makan dulu. Nak balik pun makan dulu. Oleh sebab tidak layak ke peringkat akhir, kami pulang lebih awal. Manu makan tengah hari ialah kari daging, kacang buncis goreng dan papadddum .... bekalan dibawa dari rumah pasal di sini kedai makan agak jauh.

Saya selaku Pengurus Pasukan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Faisal, Cikgu Mazihah dan Cikgu Zakaria (Ketua Jurulatih) yang telah bersusah payah melatih peserta Kontijen SKTS ini. Tidak lupa juga kepada pihak pentadbir serta kerani pejabat yang memberikan sepenuh kerjasama dan sokongan kepada Kontijen Sekolah.

Terima kasih daun keladi ....

No comments:

Post a Comment