Followers

Monday, May 3, 2010

TERNAKAN IKAN KELI

HOBI YANG MENGUNTUNGKAN

Sebenarnya saya membina tembok dan kotak simen ni nak menghalang tanah daripada dihakis pasal kawasan rumah saya lebih tinggi daripada jiran sebelah. Ada lapan kotak semuanya. Pada mulanya dalam kotak tu nak di tanam pelbagai bunga dan kontan. Tapi ayah saya bagi idea gunakan dua kotak di belakang rumah untuk ternak ikan keli. Pada mulanya saya tak yakin ia akan berhasil.
Apa-apa pun cuba dulu kata ayah saya. Kami order 1500 ekor benih ikan keli tapi taukeh yang hantar benih ikan tu tambah lagi 200 ekor (percuma). Jadi jumlahnya 1700 ekor.
Kini setelah 2 bulan 2 hari benih ikan keli tu dah besar pun. Tak susuh sangat nak jaga ikan tu. Pada mulanya ada gak yang mati pasal terlebih makan. La ni nak bagi makan kena tengok keadaan. Agak2 ikan tu dah kenyang kena la berenti tabur makanan (palet). Bagi makan 2 kali sehari, pagi dan petang.
Rasanya dalam masa sebulan lagi boleh dah kot dijual. Yang ni kami mungkin tak jual tapi buat lauk majlis kenduri....... Insyaallah...




Selain tu ada gak yang ternak secara besar-besaran. Contohnya jiran kami ni... Pakcik Brahim.... dia ada 10 kolam besar yang boleh menempatkan 50,000 ekor ikan keli. Yang ini kiranya bukan hobi dah tapi dah kira bisnes ni.........







No comments:

Post a Comment