Followers

Monday, May 3, 2010

HENTIAN SUNGAI PERAK

ANTARA KAWASAN TERBERSIH DI MALAYSIA

Pada hujung minggu yang lalu, saya sekeluarga sempat balik ke Bagan Serai menziarahi mentua saya di Jalan Banjar (JB) Masjid Tinggi. Dalam perjalanan pulang, anak perempuan saya (Nur Nabihah) beriya-iya hendak makan "chicken chop". Katanya dah lama tak makan. Dia memberitahu bahawa pernah terlihat gerai tu di R&R Sungai Perak.
Kami pun singgah. Memang benar, gerai "chicken chop" ada di situ. Saya, abang besaq, (panggilan abang yang sulung) dan isteri tak makan pasal baru lepas makan tengah hari.
Saya melihat kawasan sekeliling R&R, di dalam hati terdetik "Cantik dan bersih sungguh tempat ni." Kalaulah banyak lagi tempat-tempat di Malaysia ni sebersih ini kan bagus.
Syabas kepada pengurusan PLUS kerana dapat mewujudkan persekitaran seperti ini.......










No comments:

Post a Comment