Ni merupakan peserta terakhir meninggalkan rumah pulang ke Damansara Damai...... Harap-harap jalan tak jemmm...
Followers
Sunday, May 30, 2010
CUTI 3 HARI .....
KELUARGA DARI BAGAN SERAI BERKUNJUNG KE RUMAH `SEBELUM MEMENUHI JEMPUTAN WALIMATUL URUS TN. HJ. SAMSURI (BAPA SAUDARA) DI JALAN JERAI FELDA TROLAK SELATAN.
Saturday, May 29, 2010
CUTI 3 HARI .....
Sempat gak ratakan tanah belakang rumah dan buat bangsal untuk masak masa kenduri nanti.... La ni harga pasir dah naik dari RM170.00 selori besar kepada RM190.00..... Aduhai... semua barang naik harga..... Apa yang sentiasa turun tak naik-naik..... jawab dalam komen...
Selain dijadikan tempat masak.. leh gak dibuat garaj kete.......
Selain dijadikan tempat masak.. leh gak dibuat garaj kete.......
CUTI 3 HARI .....
CUTI 3 HARI.........
Bakal pengantin Nor Wahida serta kaum kerabat yang balik sibuk membuat persiapan Majlis Walimatul Urus yang akan diadakan pada hari Sabtu depan.
Yang berdua ni sibuk gak dengan FB masing-masing. Jaga-jaga bro... jangan tumpah air tuuu...
Ni.... macam marah jer....anak perempuan tunggal, Nur Nabihah.......

Hari ni ramai la tukang masak kat dapur. Ketua Chef pun ada (Kak Long). Manu hari ni Mi Goreng, Bihun Tom Yam, yang nak makan nasi ada masak asam pedas keladi, ikan goreng, sambal sotong dan sayur....
Bebudak tak lepaskan peluang dengan vidoe game PS2. Lawan bola ... ni piala dunia dah dekat.. DEMAM BOLA pun dah mula...
Tidak ketinggalan Adik Ju bawa balik kereta baharu -- ALZA edisi terkini... dan cuba pandu pun semalam..
Yang kecik ni..Muhammad Hazim Irfan mengamuk nak beli 'moto basikal' ... tang mana dia dapat nama tu pun tak pasti... kopak gak RM120.00 . Tapi ok la.. lepas caj 8 jam boleh guna sehari suntuk.... jenuh depa pusing dalam rumah....

Wednesday, May 12, 2010
MAKLUMAN
TUNGGU POST SETERUSNYA
SAYA INGIN BERKONGSI PENGALAMAN TIPS-TIPS MEMBINA
RUMAH SENDIRI

Setelah tidak memuat apa-apa catatan sebagai post selama melebihi setengah bulan, kini saya ada sedikit kelapangan setelah mendapat cuti selama 3 hari bersempena Hari Wesak... Seperti mana yang dijanjikan, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman merancang dan mengurus pembinaan rumah sendiri. Mungkin daripada pengalaman tersebut dapat dijadikan sebagai panduan kepada sesiapa yang ingin membina rumah sendiri.
Mempunyai tapak rumah sendiri memberi kelebihan untuk saya membina rumah. Saya memilih untuk membuat pinjaman peribadi sebagai tambahan wang yang telah sedia ada kerana tidak mahu terikat dengan mana-mana peraturan bank atau perbendaharaan yang akan mengongkong kebebasan saya menggunakan wang tersebut dengan pelbagai prosedur yang berkaitan.
Berikut adalah langkah-langkah yang saya ambil sebelum dan semasa rumah dibina.....
a) Membuat pemerhatian rumah-rumah yang sedang dalam pembinaan dan telah siap dibina dengan mengambil gambar daripada pelbagai sudut sebagai panduan.
b) Bertanyakan anggaran modal sesebuah rumah supaya bersesuaian dengan badget yang kita ada.
c) Melakar plan rumah sambil meminta pandangan daripada rakian-rakan serta tukang yang akan membina rumah tersebut.
d) Memastikan keupayaan tukang yang dipilih dengan melawat rumah-rumah yang telah disiapkan. Kenali dan pastikan juga latar belakang tukang berkenaan sebelum memberikan kepercayaan untuk membina rumah.
e) Terdapat dua kaedah yang biasa dilakukan untuk pengiraan kos membuat rumah iaitu:
i) lamsam
ii) mengikut harga barang
- Saya telah memilih kaedah yang kedua dan tukang telah bersetuju mengambil 80%
daripada harga bahan yang dibeli.
- Perlu diingatkan bahawa kos pendawaian elektrik dan pemasangan tingkap dan pintu
gelongsor yang ditempah sendiri tidak termasuk dalam pengiraan kos bahan yang dibeli.
- Selain itu, dalam perjanjian, semua bahan atau peralatan yang berkaitan saya yangt akan
uruskan.
(Kebaikan kaedah ini ialah kualiti bahan dan binaan kita sendiri yang akan menentukannya
kerana kita yang memilih dan membeli bahan.)
(Keburukan kaedah (i) ialah pihak yang membina akan sedaya upaya mengurangkan kos
binaan sehingga ada kalanya mengabaikan soal kualiti binaan kerana kos keseluruhan telah
ditetapkan.)
Tips Memilih dan Membeli Bahan:
Secara umumnya bahan yang berlaian mempunyai harga yang berbeza untuk setiap kedai hardware..
Sebagai contoh harga longkang 1' ialah RM9.00 di kedai A sedangkan bahan yang sama cuma berharga RM6.50 di kedai B. Oleh itu kita hendaklah terlebih dahulu membuat servey harga pada setiap kedai berkenaan.
Selain itu kita hendaklah memaklumkan bahawa kita akan membeli dalam bilangan yang banyak dan jika boleh beritahu kos yang diperuntukkan.
Ingat, bahan yang dibeli secara banyak akan lebih murah jika dibandingkan dengan pembelian secara runcit (sedikit-sedikit).
Jangan biasakan menangguh bayaran bahan yang dibeli kerana biasanya bayaran lewat akan dikenakan caj tambahan disamping kurang mendapat kepercayaan pembekal.
Simpan semua resit pembelian untuk pengiraan bayaran kepada tukang disamping untuk membuat perbandingan harga.
Peringatan : Peralatan yang digunakan oleh tukang bukanlah atas tanggungjawab kita....

Subscribe to:
Posts (Atom)