Followers

Sunday, June 27, 2010

TINTA AKADEMIK ENTERPRISE




















Ini adalah antara koleksi baju yang dipakai ketika menjalankan tugas bersama-sama pasukan TINTA AKADEMIK yang terlibat secara aktif dalam Program Seminar Pendidikan, Motivasi Pelajar, Kem Bina Insan dan Program "Journey to English".........

Thursday, June 24, 2010

3D MAGIC IMAGE @ MAGIC EYE












Ini adalah 3 contoh 3D Magic Image ATAU juga dikenali sebagai Magic Eye...... daripada pandangan kasar ia biasa sahaja....... tetapi sebenarnya di sebalik gambar ini terdapat gambar lain yang sangat cantik untuk dilihat..... ia juga digunakan sebagai salah satu cara terapi mata.... ada antara pengamal terapi mata cara ini telah pulih daripada rabun jauh atau dekat yang dialami sebelum ini.... walau bagaimanapun terapi ini hendaklah dibuat secara berterusan ........ (click pada pic untuk besarkan image)..

Gambar yang tersembunyi : Image 1 = image love atau bentuk hati ....... Image 2 = image kapal terbang ........... Image 3 = Image Unicorn .......

Tumpukan mata anda kepada image2 berkenaan ...... jika anda bertuah, anda mungkin dapat melihat image2 yang tersembunyi ........... SELAMAT MENCUBA.....

Sunday, June 20, 2010

TUGAS HUJUNG MINGGU












Sesi persekolahan akan bermula esok. Kepada sesiapa yang mempunyai anak bersekolah di asrama, hari Ahad merupakan hari yang agak sibuk merana menghantar anak-anak balik ke asrama masing-masing. Jika lokasi asrama dengan rumah tidak jauh, ia bukanlah suatu masalah yang besar tetapi jika jauh mungkin sehari suntuk diperlukan untuk menghantar anak-anak ke asrama.

Itulah situasi yang saya hadapi........ yang sulung (Muhammad Shahir) belajar di SM. Teknik Grik, manakala yang no dua (Muhammad Hasif) di SMKA, Bota. Walau bagaimanapun alhamdulillah pasal yang sulung tu pihak sekolah telah menyediakan bas dari Medan Kid Ipoh ke Grik. Jadi tak perlulah hantar sampai ke sana. Bas bertolak dari Ipoh jam 2.30 petang. Turun dari rumah jam 12.00 tengah hari. Sembahyang Zohor di Plaza Tol Ipoh Selatan. Sampai di Medan Kit jam 2.20 petang. Bas dah sedia menunggu. Turunkan Abang Long terus ke arah Bota pulak.

Sampai di SMKA. Bota jam 4.20 petang dan bertolak balik setengah jam kemudian. Sampai di rumah jam 6.30 petang. Biasanya kalau berhenti makan dan sembahyang Maghrib sampai di rumah kira-kira jam 9.00 malam.

Tugas hari ni dah selesai...... dua minggu lagi (Hari Jumaat) kena jemput dan hari Ahad kena hantar....... itulah antara rutin yang dilakukan...... Apa-apa pun itulah antara tugas seorang bapa @ ayah @ abuya @ walid @ appa @ father @ abah @ dll...... kepada semua....SELAMAT HARI BAPA (Hari ni laaa...)

Friday, June 18, 2010

JEM RASELLE - MENJADI ....











Jem RASELLE adalah singkatan untuk Jem RASBERRY + ROSELLE. Kelopak buah roselle yang diambil selepas direbus untuk membuat Jus Roselle sebelum ini dikisar bersama-sama buah rasberry yang telah direbus. Masukkan gula dan sedikit garam dan direbus sehingga agak pekat ....... maka jadilah JEM RASELLE.... keaslian rasa tanpa sebarang bahan pengawet..... eeeemmmmm ......cuba lah .......

Wednesday, June 16, 2010

KFC TANJUNG MALIM













Hujung-hujung cuti sekolah ni cadangnya nak la bawa anak-anak melawat PUTRAJAYA sehari dua....... tapi nasib tak menyebelahi kami apabila anak perempuan (Nurnabihah) demam tiga hari ...... jadi rancangan tu terpaksa la ditunda ..... mungkin pada cuti sekolah seterusnya..... dia pulak tak lalu makan ....... semua makanan dia kata tak sedap..... maklumlah baru lepas demam ....... dia kata dia nak makan kentang goreng ...... kami sekeluarga pun pi la KFC Tanjong Malim ...... nampaknya cuti kali ni dok kat rumah je la ......... Famili Gathering tahun ni pun tak tau lagi nak buat kat mana ......... mungkin PD atau Bukit Merah Lake Town Resort.........

RASBERRY











Ini adalah kali kedua pokok rasberry yang ditanam berbuah. Buah pada kali ini agak banyak berbanding sebelumnya. Kami bercadang membuat jem roselle + rasberry = jem roseberry..... harap-harap menjadi ......