Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib
Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya
dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau
tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia. Ikuti perbualan eksklusif saya
dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan
pelbagai isu sampingan.
Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru
yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka
dengan semangat "a sense of belonging". Baru-baru ini, pada 1
Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta, Indonesia
dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah.
Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla,
tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya
Umum Ke-13 di Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla.
MO: Assalamualaikum
dan terima kasih saya ucap kepada Bapak atas kesudian menerima kehadiran saya.
JK: Waalaikum
Salam warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
MO: Saya
ingin menyatakan perasaan teruja atas peranan bapak dalam hal, kalau bisa
disebut perdamaian semasa Pilihanraya Umum di Malaysia baru-baru ini. Saya
dapati rata-rata rakyat Malaysia masih tertanya-tanya bagaimana bapak tiba-tiba
bisa muncul dalam hal ini?
JK: Sebetulnya,
saya ingin jelaskan bahawa bapak Anwar bertemu saya sebanyak 3 kali. Pertamanya
pada bulan Mac, 2013 di rumah ini juga dia datang pada malam hari. Ketika itu,
hadir bersama dua ahli Parlimen Indoneisa iaitu Yusril Ihza Mahendra dan
Fahmi Idris.
Saya lihat, pada ketika itu, Anwar terlalu yakin akan menang
Pilihanraya di Malaysia, kerana katanya di mana-mana dia pergi sambutannya
cukup luar biasa.
Jadi Anwar mahu saya jadi perantaraan kepada bapak Najib, karena
hubungan saya dengan kedua-dua mereka ini sangat baik, maka atas dasar persahabatan
saya menerima. Bukan saya mahu masuk campur dalam urusan negara Malaysia, saya
menerima urusan ini sebagai urusan persahabatan saya.
MO: Barangkali
bapa bisa jelaskan apakah permintaan bapak Anwar semasa pertemuan dengan bapak
tempohari?
JK: Anwar
memang ada membuat beberapa permintaan supaya saya bisa sampaikan kepada bapak
Najib. Pertamanya, Anwar mahu agar supaya bapak Najib menerima ketetapan bahawa
sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Dan yang kalah juga
hendaklah mengucapkan selamat berjaya kepada yang menang, dan yang kalah itu
kalau bisa disesuaikan dalam pentadbiran kerajaan yang baru.
Jadi, saya terbang ke Kuala Lumpur dan menyampaikan
permintaan-permintaan Anwar itu dan bapak Najib mendengar dengan baik.
Saya lihat bapak Najib seorang yang berjiwa besar, mendengar
dengan baik segala permintaan Anwar tetapi bapak Najib juga mempunyai keyakinan
yang tinggi akan menang Pilihanraya itu.
MO: Bagaimana
tentang hal perjanjian, kerana di Malaysia heboh kononnya ada surat perjanjian antara
Anwar dengan bapak Najib?
JK: Anwar
memang ada membuat perjanjian bertulis. Anwar yang membuatnya, jadi semasa
Anwar datang ke rumah saya, Anwar mahu supaya bapak Najib menurunkan
tandatangan dalam perjanjian itu.
Anwar sangat konfiden akan menang. Di dalam mindanya dia sudah
bayangkan dia Perdana Menteri. Jadi, saya kata kepada Anwar ok, kalau kamu
kalah kamu juga harus menerima kekalahan kamu. Anwar bersetuju, jadi saya
tandatangan dan Anwar juga tandatangan.
Apabila saya terbang ke Kuala Lumpur, saya bawa hal surat
perjanjian ini kepada bapak Najib, saya melihat bapak Najib tidak ada masalah
melihat perjanjian itu, tapi bapak Najib mengambil keputusan tidak menurunkan
tandatangan. Saya tidak bisa memaksa.
Jadi saya balik semula kepada Anwar, saya beritahu kepada Anwar
bahawa bapak Najib tidak turunkan tandatangan tetapi saya mahu kamu (Anwar)
percaya kepada my mouth (mulut saya) bahawa bapak Najib tidak
ada halangan dengan permintaan kamu (Anwar) itu. Maknanya, sesiapa yang kalah
harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka (gentleman).
Inilah gentleman's agreement antara saya dengan
bapak Najib. Akhirnya Anwar bersetuju dalam isu bapak Najib tidak turunkan
tandatangan karena Anwar mempercayai cakap saya.
Malangnya, selepas keputusan Pilihanraya, Anwar mungkir janji dan
tidak komited kepada perjanjian itu sendiri. Itu sebab saya marah kepada Anwar
dan kawan-kawan Anwar di Jakarta turut marah kepadanya kerana Anwar mungkir
janji dan tidak komited. Asean Wall Street Journal menghub ungi saya bertanya
apakah benar Anwar tidak komted. Saya beritahu mereka ya, benar Anwar memang
tidak komited.
Saya tidak akan hubungi Anwar, biar dia tahu kami(Yusril, Fatmi
dan teman-teman yang lain) marah kepadanya.
Baca seterusnya tentang pandangan Yusuf Kalla berkenaan #Black 505 dan permintaan Washington DI SINI