Followers

Thursday, May 10, 2012

DURIAN RUNTUH 3 ....... RUNTUH SAKAN DI FELDA BESOUT 2


Cepatnya janji tertunai ..... pada kira-kira jam 2.30 petang tadi (10/5/2012), Menteri Besar Perak, Dato' Sri Diraja Dr. Zamri  b. Abd Kadir telah tiba di Padang Awam Felda Besout 2 untuk menyempurnakan penyampaian "Durian Runtuh" seperti mana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, dua hari lalu. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Kawasan Tanjong Malim, Dato' Seri Ong Ka Chuan dan ADUN kawasan Slim, Dato' Mohd. Khusairi b. Abd Talib. Semua wakil peneroka daripada Felda Gugusan Trolak hadir untuk menerima replika cek sebagai tanda penyerahan kepada para peneroka.



Kelihatan Ketua Peneroka Felda Trolak Selatan, Encik Abdul Razak b. Hj. Baharudin dan peneroka dari Felda Besout 2 iaitu Encik Kamali b. Mohamed sedang berbaris menunggu ketibaan YAB.


Turut hadir ialah Ketua GPW Felda Trolak Selatan, Puan Aisyah Tampok serta rakan-rakan.


Ketua Peneroka Felda Trolak Selatan, En. Abd. Razak menerima replika cek daripada YAB dengan diiringi oleh En. Arshad b. Abdullah PJK.




Senyum kegembiraan jelas terpapar pada wajah setiap peneroka yang hadir.


Aku sebagai Anak Felda turut berbangga dan berterima kasih kepada Dato' Seri Najib Tun Razak, PM yang disayangi kerana tabah meneruskan LEGASI al marhum Tun Razak membela nasib rakyat khususnya orang Melayu......

Syabas ....... FELDA HANYA SATU DI DUNIA...

Foto: Kredit kpd Saudara Zuraimie


1 comment:

  1. Tahniah kepada PENEROKA-PENEROKA semua.Segala jasa mu....Dikenang dan dihargai."AKU BANGGA JADI ANAK PENEROKA DI TANAH FELDA MU INI"

    ReplyDelete