


Terima kasih Saudara Zulfakri Sulaiman dan rakan-rakan kerana berjaya mengadakan perjumpaan Sambutan Hari Raya untuk pelajar SK. seri Besout Batch 1987 (Darjah 6) di Cemara Lounge, TRAP Sg. Klah.
Antara yang hadir ialah Zulfakri, Zulfakar, Yusri, Suhaili, Arman, Hairi, Mahathir, Ku Zainora, Yatie, Hamidah, Ashraf,Zaki, Sharin(3 bekas pelajar yg datang terkemudian bersama-sama keluarga masing-masing ...... terlupa nama), Cikgu Halil Mat Lodin, Cikgu Ahmad Awang Long, Cikgu Tajudin Jailani, Cikgu Razif, Cikgu Azizah Kamat dan saya.
Walaupun berjumpaan seperti ini diadakan julung-julung kalinya setelah 24 tahun namun suasana sangat meriah. Semua yang hadir berharap agar perjumpaan yang serupa dapat lagi diadakan pada tahun-tahun yang akan datang dengan penyertaan yang lebih ramai.
Majlis diadakan dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.
Terima kasih daun keladi ....