Followers

Thursday, August 25, 2011

BERMUHASABAHHLAH ...... KEHEBATAN KITA TIDAK KE MANA-MANA .....



Apakah kita pernah berkata, "Kalau tak ada aku, entahlah ......"
Suatu ungkapan yang menunjukkan betapa hebatnya kita ....

TETAPI SEORANG ULAMA PERNAH BERKATA :

Kita ini tidak ubah seperti patung wayang kulit. Setiap patung diberikan watak masing-masing .... Raja , Pahlawan , Pendeta , Orang Awam dll.
Raja begitu berkuasa semasa wataknya dimainkan, Pendeta pula begitu tinggi ilmunya .... Namun apabila habis sahaja pertunjukan .... semuanya kaku tanpa dapat bergerak sedikitpun .... kaku di dalam peti ...... Raja, Pendeta, Pahlawan malahan Orang Awam sama sahaja ...

Begitulah kehidupan kita .....

Kita juga tidak akan mampu berbuat apa-apa tanpa keizinan daripada Allah tanpa mengira siapa kita dan apa jua darjat kita .... segalanya berlaku dengan keizinan Allah .... Akhirnya kita juga akan kaku di dalam peti ...
Namun apa yang membezakan kita ialah, segala watak yang diamanahkan ketika didunia akan disoal dan dipertanggungjawabkan ketika di akhirat ....

Oleh itu di manakah kehebatan yang menjadi kebanggaan kita ....Sesungguhnya kehebatan makhluk tidak ke mana-mana ......Kehebatan itu hanya milik Allah ... fikir-fikirkan ..



3 comments:

  1. salam...

    satu lagi yang org melayu ni suka cakap ialah, "mujur ada saya...kalau tak, tahu la jadi apa..."

    tak suka saya dengar...

    ReplyDelete
  2. Maha Suci Dia Nan Lebih Besar akan KeagunganNya ...

    ReplyDelete