Followers

Tuesday, August 30, 2011

Meriahnya Berhari Raya ......... 1



Selepas sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri, saya terus sahaja mengikuti rombangan ziarah yang telah menjadi kelaziman bagi kami yang tinggal di Blok 5 dan Blok 12.

Rumah saya merupakan rumah yang ke-3 dikunjungi. Selain daripada kuih-muih dan lemang, bihun sup merupakan menu utama yang dihidangkan di rumah saya.

Alhamdulillah, pada sebelah pagi sahaja hampir 150 orang yang datang.Terima kasih kepada adik-adikku yang bertungkus lumus menyediakan juadah serta melayan tetamu yang datang.

Pagi ini (Raya Ke-2), saya sekeluarga akan pulang ke kampung di Bagan Serai selain menziarahi nenek di Bukit Merah.













Thursday, August 25, 2011

BERMUHASABAHHLAH ...... KEHEBATAN KITA TIDAK KE MANA-MANA .....



Apakah kita pernah berkata, "Kalau tak ada aku, entahlah ......"
Suatu ungkapan yang menunjukkan betapa hebatnya kita ....

TETAPI SEORANG ULAMA PERNAH BERKATA :

Kita ini tidak ubah seperti patung wayang kulit. Setiap patung diberikan watak masing-masing .... Raja , Pahlawan , Pendeta , Orang Awam dll.
Raja begitu berkuasa semasa wataknya dimainkan, Pendeta pula begitu tinggi ilmunya .... Namun apabila habis sahaja pertunjukan .... semuanya kaku tanpa dapat bergerak sedikitpun .... kaku di dalam peti ...... Raja, Pendeta, Pahlawan malahan Orang Awam sama sahaja ...

Begitulah kehidupan kita .....

Kita juga tidak akan mampu berbuat apa-apa tanpa keizinan daripada Allah tanpa mengira siapa kita dan apa jua darjat kita .... segalanya berlaku dengan keizinan Allah .... Akhirnya kita juga akan kaku di dalam peti ...
Namun apa yang membezakan kita ialah, segala watak yang diamanahkan ketika didunia akan disoal dan dipertanggungjawabkan ketika di akhirat ....

Oleh itu di manakah kehebatan yang menjadi kebanggaan kita ....Sesungguhnya kehebatan makhluk tidak ke mana-mana ......Kehebatan itu hanya milik Allah ... fikir-fikirkan ..



Wednesday, August 24, 2011

MUNGKINKAH IA BERLAKU PADA MALAM INI ....



Inilah salah satu kelebihan yang diberi oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad S.A.W walaupun tidak diberikan umur yang panjang seperti umat nabi-nabi yang lain tetapi amalan yang dilakukan oleh umat Nabi Muhammad dibalas dengan berganda-ganda seperti beribadah pada malam Lailatul Qadar adalah bersamaan pahala beribadah selama 1000 bulan.

Oleh itu marilah kira sama-sama memperbanyakkan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan ini. Mudah-mudahan kita akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar ...

Sunday, August 21, 2011

KEJUJURAN YANG DISANGSIKAN ...........



Kadang-kadang kejujuran yang sampai ke tahap "Lurus Bendul" menyebabkan timbulnya keraguan @ kesangsian akan kebenarannya......

Saturday, August 20, 2011

FASA KHAS, 2011.... SLIM RIVER .... Siaran tertunda ...



31 Julai 2011 -Klinik UPSR, Fasa Khas yang diadakan di Dewan Besar, SM Vikasional Slim River merupakan program penutup tirai bagi Klinik UPSR pada tahun ini. Ini adalah kerana kehadiran Bulan Ramadhan yang mulia pada keesokannya (1 Ogos 2011).

Catatan seterusnya : SILA KLIK DI SINI ... Terima kasih RaInBoW FaNs

Monday, August 15, 2011

BUKTI KESAN PEMANASAN GLOBAL ........



Tanpa kita sedari bahawa cara kita berpakaian jelas menunjukkan berlakunya pemanasan global yang ketara.

Lihat sajalah pakaian dalam abad ke-18 berbanding pada tahun 1900-an yang menunjukkan bahawa kita semakin kepanasan.

Melihat "trend" ini, apakah dapat kita bayangkan apakah jenis pakaian dalam 100 tahun dari sekarang ....




Mungkin juga inilah satu cara mengurangkan peningkatan pemanasan global iaitu dengan cara mengurangkan pelepasan karbon menoksida ke udara yang biasanya dihasilkan oleh kenderaan-kenderaan yang dijana oleh pembakaran minyak dan gas ...

Mungkinkah juga pada akhirnya kita terpaksa berpatah balik kepada kaedah lama yang lebih mesra alam .....

BOLEH JIKA KITA SUDAH TERPAKSA ....... Fikir-fikirkan..



Sunday, August 14, 2011

FOBIA ...... APABILA DIRI RASA TERANCAM ..



Syukur kerana Malaysia masih aman damai..... Bayangkan jika kita berada di negara yang huru hara ..... Setiap masa diri rasa terancam .... Semua yang dilihat penuh dengan prasangka ...... apakah hanya pada ketika itu kita sedar bahawa keamanan amat tinggi nilainya dan perlu dijaga dan dihargai .... fikir-fikirkan !!!!!

Saturday, August 13, 2011

PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG JANGAN PILIH BULU ...



Itu la dik oii ... lain kali jangan main motosikal kat jalan raya ..... bahaya ..... lagipun kan tak da lesen ....... kalau dah kena saman macam ni tentu bapak marah pasal dia yang kene bayar saman tu .......

Thursday, August 11, 2011

AWAS .... JANGAN TERPEDAYA



Dalam dunia sekarang ini pelbagai muslihat dilakukan oleh segelintir manusia untuk mendapatkan keuntungan mudah dengan cara yang tidah sah. Orang yang baik dan pemurah adalah golongan yang sering menjadi mangsa keadaan ini.

Walau bagaimanapun "redha"lah ....... mudah-mudahan dibalas oleh Allah dengan kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat ...

Friday, August 5, 2011

Kasihnya Ibu ...........



Seorang ibu mampu menjaga dan membesarkan anak-anaknya yang ramai TETAPI mampukah anak-anak yang ramai menjaga ibu yang seorang ...... fikir-fikirkan