Kata orang "Malang Tidak Berbau". Mengikut pemandu trailer ini, brek jem merupakan penyebab kemalangan ini berlaku. Walau bagaimanapun, menurut seorang saksi yang mengekori trailer ini sejauh kira-kira 5 km sebelum trailer ini terbalik, trailer ini dipandu dalam keadaan berbahaya kerana ia kerapkali terbabas ke bahu jalan dan membelok semula ke tengah jalan seolah-oleh pemandunya dalam keadaan "khayal". Beliau yang tidak berani memotong trailer ini terus mengikut dari belakang yang akhirnya menyaksikan trailer ini terbalik setelah bergerak di bahu jalan.
Jadi .... kadang-kadang sesuatu kemalangan memang dapat dihidu dari awal lagi ....
No comments:
Post a Comment