Followers
Wednesday, June 15, 2011
"SCHOOL RUNNING" YANG TERTUNDA .......
Petang ini, sekali lagi "Larian Sekolah" terpaksa ditunda kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Cuaca yang pada awalnya agak cerah bertukar kepada mendung dan akhirnya hujan turun mencurah-curah. Para peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahun 3,4,5 dan 6 dibenarkan pulang awal berikutan pembatalan larian tersebut.
Guru-guru yang hadir untuk bertugas mengambil kesempatan ini untuk berkunjung ke "Gerai Canai Terbang". Kebanyakan guru yang pertama kali datang ke sini terpegun dengan kemahiran penebar roti canai yang menebar sambil melayangkannya ke udara seolah-olah ia terbang di udara.
Tanpa mengetahui sebenarnya terdapat pelbagai juadah lain yang disediakan selain roti canai, maka rata-rata menu yang dipesan ialah roti canai kosong, roti telur, roti planta dan roti bawang.
Mungkin pada masa yang lain kami akan memesan manu yang lain seperti laksa, mi rebus, mi sup dan minuman istimewa ABC.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment