Followers

Thursday, June 23, 2011

JAMUAN PERPISAHAN .... EN. HALMI OTHMAN



17 JUN merupakan hari terakhir Saudara Halmi Othman bertugas di SK. Trolak Selatan sebagai Pembantuan Am Rendah. Beliau yang sebenarnya pemegang Diploma Pengurusan Kewangan telah diarahkan mendaftar diri di Putrajaya untuk penempatan semula sebagai Pegawai Kewangan di jabatan yang belum diketahui.

Beliau seorang yang peramah dan periang sangat komited dengan tugas yang dimanahkan menyebabkan beliau disenangi semua pihak. Semoga Saudara Halmi gembira dengan tugas dan tempat yang baharu..... SELAMAT BERTUKAR ... JASAMU DIKENANG ..














KLIK PADA GAMBAR UNTUK "ENLARGE"

Wednesday, June 15, 2011

"SCHOOL RUNNING" YANG TERTUNDA .......



Petang ini, sekali lagi "Larian Sekolah" terpaksa ditunda kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Cuaca yang pada awalnya agak cerah bertukar kepada mendung dan akhirnya hujan turun mencurah-curah. Para peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahun 3,4,5 dan 6 dibenarkan pulang awal berikutan pembatalan larian tersebut.

Guru-guru yang hadir untuk bertugas mengambil kesempatan ini untuk berkunjung ke "Gerai Canai Terbang". Kebanyakan guru yang pertama kali datang ke sini terpegun dengan kemahiran penebar roti canai yang menebar sambil melayangkannya ke udara seolah-olah ia terbang di udara.

Tanpa mengetahui sebenarnya terdapat pelbagai juadah lain yang disediakan selain roti canai, maka rata-rata menu yang dipesan ialah roti canai kosong, roti telur, roti planta dan roti bawang.

Mungkin pada masa yang lain kami akan memesan manu yang lain seperti laksa, mi rebus, mi sup dan minuman istimewa ABC.





APALAH UNDANG-UNDANG & PERATURAN BAGI MEREKA ...



Sejak kebelakangan ini, Trailer yang sarat dengan lebihan muatan kayu getah sering lalu di perkampungan Trolak Selatan ini. Saya difahamkan bahawa kayu getah ini diangkut dari Felda Trolak Timur untuk dibawa ke tempat pemprosesan. Keadaan muatan yang ekstrem berlebihan itu membahayakan pengguna jalan yang lain lebih-lebih lagi apabila melalui kawasan perkampungan.

Sebagai contoh, pada pagi tadi (15/6/2011) kira-kira jam 11.10 pagi, sebuah daripada trailer berkenaan telah lalu melintasi hadapan sekolah. Oleh sebab muatan yang berlebihan menyebabkan ketinggian trailer tersebut melebihi had yang sewajarnya. Akibatnya, talian telekom yang merintangi jalan untuk kegunaan sekolah telah terputus apabila tersangkut dengan muatan trailer apabila melintasi kawasan hadapan sekolah.

Pemandu trailer yang kemudiannya turun meninjau keadaan seolah-olah tidak berasa bersalah apabila dimaklumkan bahawa talian telefon ke sekolah telah terputus sebaliknya beliau menyatakan bahawa itu bukanlah masalah beliau dan pihak sekolah hanya perlu memaklumkan kepada pihak TELEKOM.

Apa yang menjadi persoalan di kalangan masyarakat ialah bagaimana trailer seperti ini dapat bergerak dengan bebas di jalan-jalan raya tanpa ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa. Adalah mustahil pihak berkuasa tidak menyedarinya kerana aktiviti ini telah berlarutan sejak beberapa bulan yang lalu.

Janganlah salahkan masyarakat jika kredibiliti dan intergriti pihak berkuasa seperti pihak polis,Polis Trafik dan JPJ dipertikaikan. Apakah gejala sogok, rasuah dan duit kopi masih berleluasa dalam jabatan ini. Tidak cukup lagikah kenaikan gaji dan pelbagai elaun untuk kakitangan di jabatan ini sehingga gejala negetif ini masih berleluasa. Masyarakat hanya menilai dengan apa yang mereka lihat dan dengar dan sekiranya apa yang dilihat itu sama dengan apa yang didengar maka kesimpulan mudahnya ialah gejala tersebut memang berlaku.

Akhirnya, apakah budaya ikan jerung dan taukeh-taukeh besar kebal dengan undang-undang dan peraturan masih berlaku...... hanya kakitangan jabatan yang terlibat sahaja yang tahu. Selagi aktiviti seperti ini kelihatan bergerak bebas, maka tanggapan negetif masyarakat terhadap intergriti pihak berkuasa akan terus dipertikaikan.




Kereta Drift ... Si Kecil



Atas permintaan Si Kecil (Hazim Irfan) yang mahu lukisan ini dimasukkan ke dalam internet, maka saya postkanlah lukisan anak-anakku ini sebagai N3 kali ini. Semoga kalian gembira ...... Tahniah daripada ayah dan Ummi ...

Tuesday, June 14, 2011

Wednesday, June 8, 2011

Pertandingan Motocross



Mari berkongsi kemeriahan suasana dan aksi perlumbaan motocross dari Kelab Motocross Trolak : KLIK SINI