Followers

Friday, September 24, 2010

KOMPUTER 1 MALAYSIA

Anak-anak saudara yang datang, masing-masing membawa NETBOOK 1 MALAYSIA yang diterima melaui Pusat Jalur Lebar di tempat masing-masing. Netbook ini diberikan dengan bayaran hanya RM11.00 selama 6 bulan dan RM22.00 untuk 6 bulan berikutnya. Harga Netbook ini di pasaran adalah antara RM1000.00 hingga RM1300.00. Dengan kemudahan ini diharapkan pelajar serta penduduk luar bandar khususnya celik IT .

Sekarang Mak dan Abah tidak lagi membeli suratkhabar, sebaliknya hanya perlu melayari internet untuk mendapatkan berita-berita terkini.

Mak dan Abah juga telah mempunyai Facebook sendiri ..... Alhamdulillah ... kami yang tinggal di kampung tidak lagi terasa ketinggalan ...... berkat kemajuan Negara Malaysia ....


1 Malaysia : "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Friday, September 17, 2010

BALIK KE KG KELAHIRAN : BKT MERAH .....

Pada hari raya ke-2 saya sekeluarga pulang ke kampung tempat saya dilahirkan iaitu di BUKIT MERAH, BAGAN SERAI PERAK... Setiap kali pulang ke sini, saya dan keluarga tidak akan melepaskan peluang bersantai di tebing Kolam Bukit Merah.

Selain menikmati pemandangan yg indah, di sini juga sesuai untuk memancing bersama-sama keluarga....

Uniknya.. di tengah-tengah kolam ini terbentang jaluran rel kereta api (jalan kereta api) merentangi kolam yg luas ini....
















BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT juga merupakan tempat kunjungan untuk bersantai terutama pada waktu petang...






LAGI GAMBAR RAYA .....

Friday, September 10, 2010

GAMBAR KELUARGA DI HARI LEBARAN ............


Saya mempunyai 13 orang adik-beradik (yang bongsu meninggal dunia pada umur 9 bulan). 9 orang telah berkeluarga manakala 3 orang lagi masih "single". (Masing2 dah ada calon)...... Ini adalah sebahagian gambar kami bersama mak dan abah yang diambil pada hari raya yang pertama ....... yang lain beraya di rumah mentua .....








TAKBIR MALAM RAYA .......


Pada malam menjelang Hari Raya, jiran-jiran terdekat mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah sambil bertakbir dan membaca doa selamat. Rumah saya merupakan rumah yang ke-7 dikunjungi pada malam itu. Majlis pada malam ini bermula seawal jam 8.00 malam dan berakhir kira-kira jam 11.30 malam. Seramai kira-kira 40 orang telah bersama-sama dalam majlis ini yang turut disertai oleh Tuan Pengurus iaitu Encik Habib ........ Majlis ini disambung lagi selepas subuh dan selepas sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri ..... Semoga amalan kunjung-mengunjung ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang ..... Insyaallah....

BERBUKA 30 RAMADHAN ....


Sebahagian keluarga berkumpul untuk sama-sama berbuka pada malam terakhir Ramadhan. Kami sempat bertahlil dan berdoa sebelum berbuka. Mudah-mudahan segala amalan sepanjang bulan puasa ini diterima Allah hendaknya..... Amin....

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (2)


Ini mungkin Kad Raya yang paling "simple" yang pernah dikeluarkan dalam blog ....just copy and paste ... tak payah edit guna photoshop ker eper2 ker .......

Kepada semua Blogger, Pengikut dan Pengunjung yang amat dihargai, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ..............

Selepas ziarah sanak saudara dan rakan-rakan jangan lupa juga kunjungan ke laman rakan-rakan bloggers ...........


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1)

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua warga Felda yang berada di seluruh negara.

DAPAT DUIT RAYA

Seperti tahun-tahun sebelumnya, bukan sahaja Kakitangan Kerajaan yang mendapat bantuan duit raya, tapi semua peneroka juga diberikan duit raya. Terima kasih kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib selaku Menteri Yang Bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kemajuan FELDA....

Friday, September 3, 2010

KUNJUNGAN KE KEDAH DARUL AMAN

Pada hari sambutan Kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos 2010 yang lalu.. emak, abah dan adik Fairuz telah pergi ke Negeri Jelapang Padi iaitu Kedah Darul Aman atas beberapa urusan kerja dan peribadi. Adik Fairus kena "out station" dari Kementerian Perumahan ke Kedah selama tiga hari ..... Mak dan abah menemankan adik dan kebetulan pula terpaksa menjemput adik kami yang bongsu, Fiqah yang belajar di UiTM Merbok yang akan mula bercuti pada hari Jumaat.....

Jadi ini merupakan misi 3 dalam 1 iaitu Kerja, Bersantai dan jemput adik..........

Tempat tinggal selama 3 hari tu ialah di Hotel Seri Malaysia di Sungai Petani.... jadi merasalah berbuka dan bersahur di hotel tu.....

















Sebelum balik, Mak, Abah, Fairuz dan Fiqah sempat juga berkunjung ke "Pekan Rabu" di Alor Setar. Apa yang menariknya pada masa yang sama Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah pun berada di situ sama-sama "shopping" baju raya.

Apa lagi .... Mak dan adik-adik pun mengambil peluang bersalaman dengan mereka. Abah pulak bersalaman dengan Tun Mahathir.....

Mak kata, patut la hari ni tangan rasa gatal rupanya nak bersalaman dengan orang besar-besar.....

Yang berdua tu biasalah ..... mesti nak bergambar pulak .... nasib baik Tun berdua tu "sporting" .......

Tak sangka la pulak .... Misi 3 dalam 1 dapat BONUS berjumpa dengan TUN ......

Jelesnyer aku .........




INTERPERTASI - MERDEKA


















Anak-anak inilah yang akan menggantikan tempat kita pada masa akan datang ..........


* Ini adalah sebahagian daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Besout 3 yang mengambil bahagian dalam acara Pakaian Beragam sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 peringkat sekolah....