Followers

Saturday, March 12, 2011

Hari Terbuka TLDM ..... Siaran Tertunda



Ini adalah kunjungan kami yang ke-4 ke Hari Terbuka TLDM. Kali ini kami sekeluarga menginap di Teluk Batik Resort bersebelahan dengan pantai Teluk Batik.

Banyak aktiviti yang diadakan bersempena Hari Terbuka TLDM tersebut , antaranya ialah pemeran kapal-kapal perang, Operasi menyelamat pasukan PASKAL, pertunjukan udara TLDM, pertunjukan bot laju, DRIFT dan pelbagai jenis pameran berkenaan Unit-Unit dalam TLDM.

Walaupun agak letih kerana terpaksa berjalan dalam kawasan pemeran yang luas, namun segalanya berbaloi kerana pameran yang diadakan amat menarik.

Waktu petang lepak di Pantai Teluk Batik manakala pada waktu malam bersiar-siar di Waterfront Lumut dan menikmati hidangan yang enak di Medan Ikan Bakar di Marina Resort.














No comments:

Post a Comment