Followers

Showing posts with label SK. Trolak Selatan. Show all posts
Showing posts with label SK. Trolak Selatan. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

PERISTIWA DALAM SEBULAN ........ SIARAN TERTUNDA

MAJLIS PERSARAAN CIK HAJJAH NORMAH BT. MAT AMIN, GURU BESAR SK. TROLAK SELATAN ...








HI-TEA DI HILL CITY, IPOH : MERAIKAN PERSARAAN GURU BESAR SKTS......


MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN UPSR ..... TAHNIAH KEPADA NURNABIHAH (ANAK KETIGA) KERANA MENDAPAT KEPUTUSAN "5A" ....
TERIMAA KASIH JUGA KEPADA SEMUA GURU SKTS YANG MEMBANTU ATAS KEJAYAAN INI ...





MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN MURID-MURID TAHUN 6 ...





MAJLIS PERNIKAHAN FAIRUZ FARIZA (ADIK)DENGAN MUHAMMAD HAFIZ PADA TANGGAL 11.11.2011 ...







MAJLIS MARHABAN DAN CUKUR JAMBUL MUHAMMAD AZFAR EMIR (anak saudara)......




ANTARA KELUARGA JAUH YANG TURUT HADIR PADA MAJLIS YANG DI ADAKAN DI RUMAH SAYA ......
TERIMA KASIH KEPADA MAKLONG SIAT SERTA KELUARGA DARI SUNGAI SETANGGUK, BAGAN SERAI YANG SEMPAT SINGGAH DALAM PERJALANAN KE KUALA LUMPUR .....





ALHAMDULILLAH, PADA TAHUN NI KAMI SEKELUARGA BERJAYA JUGA MENGADAKAN MAJLIS KORBAN. HARAP AKAN DITERUSKAN PADA TAHUN HADAPAN. INSYAALLAH.....



Friday, October 28, 2011

POCONG BERKELIARAN DI SEKOLAH .........



Pada 25/10/2011 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Trolak Selatan gempar berikutan munculnya "Pocong" yang dilihat berkeliaran di kawasan persekitaran sekolah.

Hal ini terjadi berikutan "Pertandingan Pakaian Beragam" bersempena sambutan Hari Kana-Kanak peringkat sekolah. Pelbagai aksi murid-murid dapat dilihat pada pertandingan tersebut.

Selain pertandingan pakaian beragam, diadakan juga pertandingan sukaneka dan persembahan koir.

Setelah tamat majlis, kelibat pocong tidak kelihatan lagi ....


SELAMAT HARI JADI ...........



Pada 28 Okt. 2011 bersamaan hari Jumaat, murid-murid Tahun 6 bersama guru-guru telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Jadi buat Tuan Guru Besar, Cik Hajjah Normat Mat Amin di Dewan SKTS. Majlis yang diadakan secara "surprise" agak meriah walaupun hanya secara kecil-kecilan. Cik Hajjah Normah turut menjemput "Saya", En. Sabri dan Cikgu Rabina untuk sama-sama memotong kek yang disediakan kerana hari jadi kami juga hampir pada hari yang sama. Jadi "Kami"pun "tumpang tui" (loghat Kedah) la majlis tu.

Kepada semua "Selamat hari Jadi" semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan serta sentiasa mendapat kerahmatan daripadaNYA.




Thursday, October 20, 2011

PERMAINAN DALAMAN .........



Ini adalah salah satu daripada Aktiviti Selepas UPSR yang dirancang dan dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 6. Belajar sambil bermain. Ini adalah suatu cara untuk mempastikan murid-murid hadir ke sekolah walaupun setelah habis peperiksaan.

Berikut ialah keputusan pertandingan yang telah dijalankan :

1. Pertandingan Dam (Lelaki)
Johan : Muhammad Hapis b. Mohd. Puat
N/Johan : Hadi Addarini b. Hasnor

2. Pertandingan Dam (Perempuan)
Johan : Nurul Hazwani bt. Ramlee
N/Johan : Nur Hasanah Nabilah bt. Nordin

3. Pertandingan Sahibba
Johan : Siti Humaira bt. Mohd. Jasni
N/Johan : Farah Wahida bt. Harun

4. Pertandingan Congkak
Johan : Nurul Izzah bt. Jafri
N/Johan : Siti Noor Syahirah bt. Mohd. Isa

5 Pertandingan Catur
Johan : Muhammad Riduwan b. Hasan
N/Johan : Muhammad Luqman Hakim b. Abd Halim





Tuesday, October 18, 2011

JUARA "NILAM" PERINGKAT NEGERI ......SYABAS



Adik Nur Jannati Syakirin bt. Ramli dari SK. Trolak Selatan telah diisytiharkan sebagai "Tokoh Nilam Peringkat Negeri Perak" 2011. Selain telah membaca 372 buah buku, beliau juga merupakan salah seorang peserta akhir Program Realiti TV Adik-Adikku. Selain itu, adik Nur Jannati juga aktif mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan, bercerita dan nasyid peringkat sekolah, kelompok, daerah dan negeri.

Antara anugerah yang dimenangi ialah :

1. Tokoh Nilam Negeri Perak
2. Anugerah Nilam Kategori Sekolah Rendah Luar bandar
3. Tokoh Nilan Daerah Batang Padang
4. Tokoh Nilam Peringkat Sekolah
5. Mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan pada Tahun 2012