Followers

Showing posts with label Anak Derhaka. Show all posts
Showing posts with label Anak Derhaka. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

Konvoi "ANAK DERHAKA" dihalang memasuki Felda Selasih ..... Syabas

Ketegasan warga Felda Selasih, Besut menghalang Kembara Oren yang diketuai Mazlan Aliman Presiden "ANAK DERHAKA" daripada memasuki kawasan petempatan mereka patut dicontohi oleh semua warga Felda agar penyebaran fitnah yang cuba ditabur dapat dibendung. Slogan "Selamatkan Felda" yang dibawa oleh kumpulan ini ibarat gula-gula yang manis dirasa dan halua telinga yang sedap didengar namun hakikatnya ia tidak lebih daripada taburan fitnah yang tidak berasas yang sengaja diada-adakan. Felda sebagai sebuah organisasi yang besar tidak dinafikan memang terdapat beberapa kepincangan dan kelemahan dalam pengurusan dan pentadbirannya, namun segala kelemahan ini tidaklah membawa bencana sehingga boleh diibaratkan seperti sebuah bahtera yang hampir "karam" yang perlu  diselamatkan.

Apa yang dilakukan oleh kumpulan "ANAK DERHAKA" ini sebenar tidak langsung dapat membantu memajukan Felda, jauh sekali dapat "menyelamatkan Felda" jika Felda benar-benar bermasalah. Sebagai contoh, apakah dengan memfitnah Felda menjual hasil minyaknya ke Israel seperti yang diuar-uarkan dalam ceramah "Selamatkan Felda" yang mereka adakan dapat memberi manfaat kepada Felda atau warga Felda. Tentu sekali tidak. Selain ia merupakan suatu fitnah, apa yang diharapkan oleh puak-puak ini adalah supaya warga Felda khasnya dan orang Melayu amnya membenci Felda dan seterusnya membenci kerajaan yang difitnah bersekongkol dengan Israel dengan menjual minyak sawit kepada mereka.

Sebelum ini, kumpulan "ANAK DERHAKA" ini juga telah dihalang daripada memasuki Felda Lasah dan mendapat tentangan penduduk di Felda Ijok dan Sg. Tengi.

Di Felda Trolak Selatan, penduduk juga telah mengadakan perhimpunan aman di perkarangan padang awam bagi meluahkan rasa tidak puas hati serta bantahan terhadap Konvoi Oren yang cuba mengadakan ceramah pada malamnya. Namun Allah maha kuasa, walaupun penduduk gagal menghalang ceramah berkenaan tetapi hujan lebat beserta ribut telah berlaku sepanjang ceramah diadakan menyebabkan hadirin begitu sedikit yang kebanyakannya merupakan orang luar.
Lihat sini ...




Di dalam video di atas, terdapat wakil "ANAK DERHAKA" yang begitu pandai menggunakan istilah "Demokrasi dan HaK Asasi" seolah-olah memasuki kawasan perumahan dan menggunakan jalan raya itu "hak" mereka sepenuhnya. Tahukah wakil "ANAK DERHAKA" jika majoriti penduduk tidak suka "Konvoi Kembara Oren dan ANAK DERHAKA" memasuki kawasan petempatan mereka, seharusnya kumpulan ini patuh akan suara ramai. Jangan menganggap "Demokrasi dan Hak ASASI" itu kepunyaan mereka sahaja dan dalam masa yang sama menafikan hak orang lain. Akhir sekali ..... wajarkah kita membenarkan orang asing masuk ke rumah kita untuk memfitnah dan mencaci kita di dalam rumah sendiri ....... Jangan anggap orang tak tahu undang-undang sedangkan tingkah-laku sendiri menampakkan orang yang tak bertamadun ....

Fikir-fikirkan ........

Friday, November 2, 2012

PENDUDUK HALANG "ANAK" DERHAKA ...........















Pada tanggal 3 November 2012, bermula pukul 9.00 pagi, sekumpulan penduduk Felda Trolak Selatan telah berhimpun di Padang Awam untuk sama-sama hadir bagi melahirkan perasaan tidak senang dengan tindak-tanduk "ANAK" yang diterajui oleh Mazlan Aliman yang sering mengecam peneroka dan Felda yang tidak mempunyai pemikiran yang sealiran dengan beliau. Tindakan Mazlan Aliman dianggap sebagai "ANAK DERHAKA" kerana sering memfitnah pemimpin serta pihak FELDA dengan pelbagai tohmahan dan provokasi bagi menimbulkan persepsi negatif rakyak terhadap FELDA dan kerajaan memerintah.

Justeru perhimpunan pada pagi ini adalah mewakili suara ramai penduduk Felda Trolak Selatan yang tidak mahu "Anasir" luar ini mengganggu gugat kesejahteraan dan perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan masyarakat setempat khasnya. Penduduk yang hadir juga berikrar akan sedia dan setia bersama-sama FELDA dan kerajaan memerintah demi kelangsungan kemakmuran yang telah sedia dikecapi demi generasi PELAPIS yang akan meneruskan legasi generasi terdahulu.

Antara pembohongan "ANAK DERHAKA" yang nyata ialah dengan menyata bahawa FELDA TELAH BANKRAP , DS NAJIB BERBOHONG UNTUK MEMBERIKAN BR1M , FELDA MENIPU PENEROKA DALAM PEMBERIAN SAHAM FGV.

Sesungguhnya majoriti penduduk berpendapat bahawa "ANAK DERHAKA" yang dibesarkan hasil penubuhan FELDA ini tidak wajar dibenarkan menjejakkan kaki ke Felda Trolak Selatan ini kerana hanya akan memecah belahkan masyarakat dengan taburan fitnah, buruk sangka dan pembawaan akhlak yang tidak tahu "mengenang budi". Ibarat kata pepatah Melayu : "Jika kita tidak boleh menjadi garam yang mengawetkan ikan, jangan pula menjadi langau yang merosakkan".

Sekian.