Followers

Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

KEJUJURAN YANG DISANGSIKAN ...........



Kadang-kadang kejujuran yang sampai ke tahap "Lurus Bendul" menyebabkan timbulnya keraguan @ kesangsian akan kebenarannya......

Sunday, August 14, 2011

FOBIA ...... APABILA DIRI RASA TERANCAM ..



Syukur kerana Malaysia masih aman damai..... Bayangkan jika kita berada di negara yang huru hara ..... Setiap masa diri rasa terancam .... Semua yang dilihat penuh dengan prasangka ...... apakah hanya pada ketika itu kita sedar bahawa keamanan amat tinggi nilainya dan perlu dijaga dan dihargai .... fikir-fikirkan !!!!!

Saturday, August 13, 2011

PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG JANGAN PILIH BULU ...



Itu la dik oii ... lain kali jangan main motosikal kat jalan raya ..... bahaya ..... lagipun kan tak da lesen ....... kalau dah kena saman macam ni tentu bapak marah pasal dia yang kene bayar saman tu .......

Friday, August 12, 2011

ROTAN TIADA, AKAR PUN BERGUNA .......



Mungkin inilah cara terbaik yang dapat dilakukan bagi memastikan keselamatan sebagai ganti topi keledar ...... Yerr Kerr..




Friday, August 5, 2011

Kasihnya Ibu ...........



Seorang ibu mampu menjaga dan membesarkan anak-anaknya yang ramai TETAPI mampukah anak-anak yang ramai menjaga ibu yang seorang ...... fikir-fikirkan

Saturday, July 16, 2011

BAPA BOREK ANAK RINTIK ......



Kalau beginilah keadaannya, tak tahu siapa yang akan tertidur dahulu. Apa-apapun menjaga anak kecil bukanlah suatu perkara yang mudah bagi seorang ayah. Seorang ayah sanggup menghabiskan minyak kereta atau motosikal membawa anak kecil jalan-jalan sehingga anak kecil itu tertidur daripada melayan anak kecil di rumah. Walaupun bukan semua tetapi kebanyakan ayah berbuat demikian. Sebab itulah juga pada zaman kini, anak-anak lebih manja dengan serorang ayah daripada ibunya kerana ayah sering membawa anak-anak bersiar-siar. Adakah anda setuju .......


Sunday, May 22, 2011

Motocross ........ Pembukaan "Track"




Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Saudara Ibrahim Baharom dan Saudara Hashim serta anak-anak buahnya kerana setelah bersusah payah selama lebih setahun, akhirnya TRACK MOTOCROSS yang diidamkan selamat dibuka dengan rasminya semalam iaitu pada 21 MEI 2011.

Bermula dengan track denai pejalan kaki bagi mengutip buah-buah durian yang gugur, kini telah terbina track yang lebih baik setelah beribu ringgit dihabiskan hasil duit poket sendiri serta sumbangan ahli-ahli yang berminat.

Perasmian track motocross ini dibuka dengan bacaan doa oleh Imam Ibrahim Mahmud yang turut gembira kerana anak-anak muda tidak perlu lagi merempit dan berlumba haram di jalan raya yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna yang lain, kini mereka boleh menggunakan track ini sebagai tempat menguji kemahiran menunggang motosikal disamping menjadikan ia sebagai suatu sukan rekreasi dan riadah.

Usaha murni ini sewajarnya mendapat pengiktirafan daripada pihak felda dengan memberikan sokongan dalam bentuk penyediaan kemudahan dan dana kewangan agar ia dapat bergerak sebagai wadah untuk menyatupadukan golongan belia khususnya ke arah melakukan aktiviti yang positif sejajar dengan jiwa remaja yang aktif tetapi terkawal.

Sepanjang dua hari ini, seramai kira-kira 35 ahli sukan motorcross daripada Felda Trolak Selatan, Trolak Utara, Trolak Timur, Felda Besout dan Sg. Klah telah mengambil bahagian menguji track yang baru dibuka ini.

Adalah disarankan agar peminat-peminat motocross dari Trolak selatan menubuhkan persatuan agar segala aktiviti dapat diselaraskan dengan lebih teratur dan bermakna.

Akhir kata .. SYABAS kepada semua yang terlibat .....















Klik untuk membesarkan gambar ...

Friday, May 20, 2011

Sampai Di Lampu Isyarat ....... Pening Kepala Dibuatnyer.....



Semalam saya baru sahaja poskan semula "Surat Saman" daripada Bukit Aman pasal bawa kereta melebihi had laju. Mujurlah yang pandu kereta tu bukan saya, orang lain kalau tak melayang RM300.00 (kawasan 60km bawa 93km/j).

Teringatkan SAMAN jadi pada kali ini saya nak "postkan" gambar-gambar lampu isyarat yang memeningkan kepala para pengguna jalan raya. Silap-silap boleh kene saman ......













Friday, May 6, 2011

ANIMAL SOLDIERS ......Comelnyer Mereka Niii ..........



Inilah tentera haiwan yang dilatih untuk berperang sekiranya manusia sudah bosan untuk berperang. Sesiapa yang ingin membunuh mereka akhirnya akan tertawan dengan keCOMELan mereka ini.

Perangpun tidak berlaku lagi ... yerr keerrr .... PIECE NO WAR ..






Tuesday, March 15, 2011

LATA (f) TROLAK TIMUR ...........



Lata Felda Trolak Timur, mungkin kurang dikenali. Walau bagaimanapun sekiranya Lata seperti ini ada berhampiran Kuala Lumpur sudah pasti ia akan menjadi tempat tumpuan setiap hujung minggu.

Lata ini jaraknya hanya kira-kira 5km daripada rumah saya. Sekiranya anak-anak mahu mandi sungai di sinilah tempat yang saya tuju. Dasar sungai yang rata dan agak cetek amat sesuai untuk kanak-kanak mandi manda dan bermain.