Followers

Showing posts with label Kemudahan Awam. Show all posts
Showing posts with label Kemudahan Awam. Show all posts

Friday, September 24, 2010

KOMPUTER 1 MALAYSIA

Anak-anak saudara yang datang, masing-masing membawa NETBOOK 1 MALAYSIA yang diterima melaui Pusat Jalur Lebar di tempat masing-masing. Netbook ini diberikan dengan bayaran hanya RM11.00 selama 6 bulan dan RM22.00 untuk 6 bulan berikutnya. Harga Netbook ini di pasaran adalah antara RM1000.00 hingga RM1300.00. Dengan kemudahan ini diharapkan pelajar serta penduduk luar bandar khususnya celik IT .

Sekarang Mak dan Abah tidak lagi membeli suratkhabar, sebaliknya hanya perlu melayari internet untuk mendapatkan berita-berita terkini.

Mak dan Abah juga telah mempunyai Facebook sendiri ..... Alhamdulillah ... kami yang tinggal di kampung tidak lagi terasa ketinggalan ...... berkat kemajuan Negara Malaysia ....


1 Malaysia : "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Friday, August 27, 2010

KEMUDAHAN AWAN - KERETA API

Pernahkah anda menaiki kereta api.?????? Pada saya, kereta api merupakan sebahagian daripada kehidupan remaja saya. Ia merupakan kemudahan awam yang penting untuk membawa saya pulang ke kampung pada setiap kali cuti sekolah (Tahun 80-an). Pada ketika itu Gerabak Kelas 3 merupakan pilihan terbaik kerana tambangnya agak murah berbanding kelas yang lain. Tiada pendingin hawa .... yang ada cuma kipas syiling yang berputar laju di atas kepala penumpang.`Namun tiada sesiapa yang merungut...... yang penting sampai ke destinasi yang ingin dituju. Pada ketika itu tiada jaminan tempat duduk. Kalau bernasib baik, dapat kerusi dan duduk dengan agak selesa jika tidak, lepaklah di mana-mana yang patut waima di hadapan tandas sekalipun kerana keadaan penumpang yang sesak.

Pernah suatu ketika, saya bersama-sama 2 orang rakan saya ingin ke Penang dengan menaiki Kereta Api Malam. Kami menaiki kereta api pada kira-kira jam 9.00 di Stesen Sungkai. Keadaan kereta api terlalu sesak. Seorang daripada kawan saya hanya dapat berpaut di pemegang pintu kereta api sahaja dengan sebelah kaki di dalam kereta api dan sebelah lagi di luar tangga kereta api.

Di dalam gerabak , ruang pejalan kaki dipenuhi dengan penumpang yang tidur beralaskan surat khabar. Keadaan agak panas dengan bau yang kurang enak ditambah lagi bunyi tangisan kanak-kanak.

Akhirnya kami bertiga terpaksa membatalkan rancangan bercuti ke Penang dan terpaksa turun di Stesen Tapah Road memandang kawan saya sudah tidak mampu untuk terus berpaut pada pemegang pintu kereta api. Jika difikir-fikirkan ia tidak ubah seperti penumpang kereta api di India pada masa kini.............

########************##########***********#########**********########*********

Gambar di bawah diambil ketika anak sulung saya turun dari kereta api di Stesen Sungkai dari Ipoh semasa cuti sekolah bersempena Cuti Nuzul Quran hari ini. Walaupun kali pertama, daripada riak wajahnya menjelaskan bahawa perjalanan yang dilalui tidaklah seperti apa yang saya alami kira-kira 20 yang lalu...........