Followers

Showing posts with label Hasil Tangan. Show all posts
Showing posts with label Hasil Tangan. Show all posts

Saturday, August 7, 2010

CUBA, TRY, TEST, TENGOK ..... BHG. 2

Seperti yang dijanjikan, entry kali ini , saya akan berkongsi cara-cara membuat roti jala atau roti kirai;

Bahan-bahan :

- 500 gram tepung gandum
- 750 ml air
- sebiji telur ayam
- Pewarna Kuning Telur (Star Brand)
- 1 sudu makan minyak masak
- garam halus

Cara-cara penyediaan :

- Masukkan 500 g tepung ke dalam bekas yang bersesuaian
- Masukkan sebiji telur ayam
- Masukkan air sedikit demi sedikit (750 ml) dan kacau
- Masukkan 2 titik pewarna (Kuning Telur) dan sesudu makan minyak masak dan sedikit garam
- Kacau adunan sehingga rata

*** Untuk memastikan adunan rata dan halus .... masukkan ke dalam Blender dan adun selama 30 saat......

Kini adunan tadi telah sedia untuk dikirai dengan menggunakan acuan kirai yang sesuai.

SELAMAT MENCUBA ........



Thursday, August 5, 2010

CUBA, TRY, TEST, TENGOK .....

Ha... kali ini pasal makan lagi .... Nampak macam sedap jer .... Memang sedap pun ...... tambah-tambah lagi kalau kita yang masak dan buat sendiri ..... Ada masalah ?????? Kalau saya yang lelaki pun boleh buat, inikan pula yang perempuan .... Saya cabar.... pasti anda juga boleh buat ....... Soalan saya kepada yang masih bujang........ Bila anda mula pandai memasak dan bila kali terakhir anda memasak ???????? Tak kira lelaki atau perempuan......

Saya pada awalnya memang tak tahu langsung pasal memasak. Yang tahu goreng telur jer..... Apabila habis belajar, dengan berbekalkan baki biasiswa ,saya pergi ke Kuala Lumpur dan menyewa bilik di Pantai Dalam. Tujuan saya bukanlah untuk mencari kerja tetapi saja-saja untuk "release tension" le konon. Sebulan saya tinggal di sana........ Pagi keluar jalan-jalan, malam baru balik .... kekawan yang lain masing-masing pergi kerja.... seronokkan!!!!!!!!
Untuk "save budget" saya cuba memasak sendiri memandangkan dapur dan alatan untuk memasak semua ada ....... Mula-mula belajar tanak nasi dari kekawan ... ok ... lauk telur goreng + kicap.... Lama-lama nak try lauk berkuah pulak ...... Dalam hati kata "Tak pa cuba jer... kalau tak sedap pun orang bukan tahu... aku yang makan.."
Pergi kedai beli ikan kembung dan kacang panjang.... siang ikan (bukan pandai pun) , potong kacang panjang ..... masukkan kedua-duanya dalam periuk ..... masukkan air .... pas mendidih masukkan sedikit kicap dan garam .......... dah masak, saya pun rasa ...... perrrrrrhhhhhhh .... tak tahu nak cakap macamana ...... sambil mata terkedip-kedip ....... teringat masakan mak di kampung ......

Semenjak peristiwa tu, saya mula bertanya dan belajar memasak ....... paling tidak ,lepas untuk keperluan sendiri pun jadilah......

Sekarang ...... nak masak apapun insyaallah ... BOLEH ....... kalau rasa teringin nak makan .... masak sendiri jer ....... tu pun kalau isteri nak rehat masak ..... yang pasti .... jarang-jarang (kata P. Ramlee)...

Roti Jala @ Roti Kirai untuk entry kali ini , memang saya sediakan sendiri dari A - Z. Kuahnya ...... kari ayam dan pengat durian (serawa durian) ........

Nak tahu resepi macamana nak buat........ tunggu entry seterusnya.......

Mai makan dulu .......... eeeemmmmm ...........
***** Petua makan sedap .... "Makan ketika lapar gilerrrrrrr......"



Wednesday, June 16, 2010

RASBERRY











Ini adalah kali kedua pokok rasberry yang ditanam berbuah. Buah pada kali ini agak banyak berbanding sebelumnya. Kami bercadang membuat jem roselle + rasberry = jem roseberry..... harap-harap menjadi ......

Thursday, May 6, 2010

PERABOT KAYU BALAK ASLI

Meja dan bangku kayu balak asli ini saya beli daripada rakan Blogger "Golok Langkasuka" yang mengusahakan Bengkel Kraf Kayu di Felda Besout 2, Sungkai, Perak. Tok Kie ialah nama samaran beliau merupakan seorang pengusaha kraf yang amat berbakat. Pengkhususan kraf lebih kepada membuat golok daripada pelbagai jenis besi dan kayu. Membuah perabot daripada kayu balak merupakan hasil sampingan beliau.
Semua item yang siap untuk dijual dan dimiliki terpapar dalam blog beliau.


Untuk mengangkat meja kayu balak padu ini memerlukan sekurang-kurangnya 3 orang. Lapisan "clear" yang tebal membuatkan ia mudah dijaga dan lebih tahan lama.....