Followers

Friday, May 20, 2011

Sampai Di Lampu Isyarat ....... Pening Kepala Dibuatnyer.....



Semalam saya baru sahaja poskan semula "Surat Saman" daripada Bukit Aman pasal bawa kereta melebihi had laju. Mujurlah yang pandu kereta tu bukan saya, orang lain kalau tak melayang RM300.00 (kawasan 60km bawa 93km/j).

Teringatkan SAMAN jadi pada kali ini saya nak "postkan" gambar-gambar lampu isyarat yang memeningkan kepala para pengguna jalan raya. Silap-silap boleh kene saman ......













Tuesday, May 17, 2011

Hadiah Hari Guru 2011 .....



Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali sambutan Hari Guru diadakan maka banyaklah hadiah yang diterima daripada murid-murid. Dari sebatang pen atau pensil hinggalah ke seutas jam tangan. Walaupun seorang cikgu tidak mengharapkan hadiah daripada murid-muridnya namun bagi seorang murid semua itu adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada cikgu-cikgu mereka atau setidak-tidaknya mereka bersalam dan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu mereka.

Pada tahun ini, saya dan isteri (juga seorang guru) menerima pelbagai jenis hadiah daripada murid-murid. Saya tidak menjangkakan sebanyak itu kerana saya baru 4 bulan 16 hari berpindah ke SKTS. Antara hadiah yang diterima ialah 2 buah rak tempat meletakkan hadiah, sebuah rak gantung, 3 buah jam meja, 3 buah replika kapal layar, set cawan, bekas makanan, hiasan gantung berirama dan lain-lain lagi.

Sebagai menghargai pemberian berkenaan, saya telah menyediakan suatu sudut khas untuk hadiah-hadiah sambutan Hari Guru 2011 ini.

Kepada anak-anak muridku ... terima kasih daun keladi .....








Monday, May 16, 2011

Sambutan Hari Guru .... SKTS 2011



16 Mei setiap tahun merupakan sambutan Hari Guru. Sambutan peringkat sekolah diadakan secara sederhana tetapi meriah.

Tema sambutan pada tahun ini ialah "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"














KLINIK UPSR FASA II ......... MANJUNG



Pada 14 & 15 Mei yang lalu, Sekolah Kebangsaan Seri Manjung telah menganjurkan Klinik UPSR fasa II yang diadakan dsi Dewan Kuliah Institut Kemahiran Mara Lumut, Perak darul Ridzuan. Seramai 214 orang peserta daripada sekolah-sekolah sekitar bandar Manjung telah menyertai program tersebut.

Maklumat lanjut & gambar berkaitan : Sila Klik Di Sini

Friday, May 6, 2011

ANIMAL SOLDIERS ......Comelnyer Mereka Niii ..........



Inilah tentera haiwan yang dilatih untuk berperang sekiranya manusia sudah bosan untuk berperang. Sesiapa yang ingin membunuh mereka akhirnya akan tertawan dengan keCOMELan mereka ini.

Perangpun tidak berlaku lagi ... yerr keerrr .... PIECE NO WAR ..






LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP).. SKTS




Program ini diadakan pada petang 5 April 2011 di Makmal Komputer SKTS. Tn. Hj. Shamsul Ali b. Basyir telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk "Pelaksanaan PLBS di sekolah".

Thursday, May 5, 2011

Program Kebersihan dan Keselamatan Makanan ... SKTS





Program ini telah diadakan pada 29 April 2011. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang penjagaan kebersihan tangan dan makanan termasuk juga penyakit-penyakit yang berkaitan dengan makanan yang tercemar.

Pic : TQ kepada Zetty