Followers

Saturday, January 15, 2011

GUA TEMPURUNG .... Siaran Tertunda ..

Dalam perjalanan ke Cameron Highland, kami sempat singgah di salah satu tempat tumpuan pelancong yang terletak di antara Kampar dan Gopeng iaitu Gua Tempurung.

Terdapat 4 trek disediakan untuk pelancong dengan bayaran yang berbeza iaitu 2 trek kering, trek kering dan basah dan trek xtrem. Kami memilih untuk mengikut trek kering ke-2 iaitu sehingga ke Wind Tunnel.

Sebelum ini saya sudah pernah membawa murid-murid saya melalui trek kering dan basah. Trek ini agak mencabar kerana terpaksa turun melongsor, berenang , menyelam dan mengharungi air walaupun hanya separas lutut.

Perjalanan dilakukan secara berkumpulan dengan beberapa orang "guide" yang ditugaskan mengiringi setiap kumpulan. Sepanjang perjalanan, kita akan ditunjukkan pelbagai bentuk yang terdapat pada dinding, lantai dan syiling gua.










CAMERON HIGHLAND 2 ..... Siaran Tertunda ..

Bersempena cuti persekolahan yang panjang, keluarga Hj. Mat Noor telah mengadakan percutian keluarga ke Cameron Highland. Kami menginap di dua tempat iaitu di Star Regency Hotel and Apartment di Brincang dan di Tanah Rata. Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam. Abah dan mak menginap di Tanah Rata kerana pada masa itu keadaan di Brincang sangat sejuk kerana angin bertiup kencang. Abah dan mak juga terpaksa pulang awal iaitu pada hari kedua kerana tidak tahan keadaan yang sejuk pada waktu malam.

Pada hari ketiga, sebelum bergerak pulang kami sempat berkonvoi mendaki Gunung Brincang. Walau bagaimanapun kami hanya bergerak separuh jalan kerana keadaan jalan yang semakin curam dan kami mengambil keputusan membatalkan perjalanan hingga ke puncak.

Sesuatu yang paling menarik berada di Brincang ialah apabila berjalan-jalan di Pasar Malam Brincang yang menjual pelbagai produk yang kebanyakannya tidak terdapat di tempat lain.

Lokasi pasar malam ini hanya di bawah hotel tempat kami menginap.








Friday, January 14, 2011

PULAU PANGKOR - Siaran Tertunda .....

Ini adalah percutian keluarga kali pertama ke Pulau Pangkor. Menginap di Pangkor Holiday Resort selama empat hari tiga malam.

Kedudukan resort ni agak jauh dari pantai. Namun begitu kolam renang yang disediakan cukup selesa untuk anak-anak berkubang. Makanan di pulau ini biasa sahaja dan tidak saya temui yang istimewa cuma "benjo" yang dijual di pondok yang diterangi oleh lampu jalan memang "best" ....... di tempat lain belum ada "benjo" sesedap itu ..... kalau ke sana lagi, pasti saya cari bro yang jual "benjo" tu ...











Friday, January 7, 2011

Amalan Bijak Yahudi .... Hot Mesti Baca

Lihat saja gambar, semua orang sudah tahu akan kehebatan beliau. Beliau ialah Elbert Einstein.

N3 kali ini bukanlah saya ingin bercakap tentang beliau tetapi tentang amalan-amalan orang Yahudi bagi memastikan setiap anak yang dilahirkan mempunyai keupayaan kecerdasan atau kegeniusan yang tinggi. Klik sini.

TRANSFORMASI HARIMAU MALAYA ...

Pasukan Bola Sepak Negara @ Harimau Malaya tidak perlu menoleh ke belakang. Jadikan kejayaan menjuarai Piala Suzuki sebagai titik mula kebangkitan semula pasukan bola sepak kita. Dengan semangat yang tinggi dan keazaman yang jitu, pasti kita akan dihormati dan disegani.

SYABAS DAN TAHNIAH

Biarlah zaman pemain membawa "handbag" ke padang berlalu dan tak perlu dikenang kerana ia detik memalu dan mengharukan.

" MALAYSIA BOLEH "


Thursday, January 6, 2011

SYABAS DAN TAHNIAH ....

En. Eh Plin a/l Eh Lut - Guru Matematik
Sedang menerima Sijil Penghargaan Peningkatan Prestasi UPSR serta cenderahati daripada Cik Hajjah Normah bt. Mat Amin selaku Guru Besar.

Hari ini, bermula jam 3.00 petang telah diadakan Mesyuarat Kurikulum kali pertama bagi tahun 2011 di Bilik Gerakan SKTS.

Guru Besar memulakan ucapan dengan suatu berita gembira iaitu dengan penerimaan Sijil Penghargaan daripada pihak PPD kerana pencapaian prestasi UPSR yang meningkat daripada tahun sebelumnya.

Pada masa yang sama, Cik Hajjah Normah bt. Mat Amin selaku Guru Besar telah menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada guru-guru yang terlibat secara langsung melonjakkan nama sekolah dengan pencapaian UPSR yang lebih baik.

Pn. Rabina bt. Din - Guru Bahasa Melayu

En. Muhamad Nasir b. Hj. Rasuli - Guru Bahasa Melayu

Pn. Norsiah bt. Abd. Wahab - Guru Sains

Cik Izni Nor bt. Saleh - Guru Bahasa Inggeris


OK LAH ......

Inilah tempat duduk saya dalam bilik guru. 4 hari yang lalu meja ni kosong sahaja tetapi setelah dihias sikit ... kira ok lah .... Orang lelaki ni biasalah, bukan pandai sangat nak hias-menghias ni ... janji ada ruang boleh buat kerja pun dah dikira ok ... Pendingin hawa ada tapi jarang digunakan .... mungkin sekarang ni musim hujan jadi cuaca taklah panas ..... lepas mengajar kat sinilah saya lepak buat apa yang patut ....