
Bait-bait lagu "Aisyah" :
Kasihnya ibu membawa ke syurga,
Kasihnya ayah berkorban jiwa,
Namun tiada lagu (setahu saya)yang ada menggambarkan kasih seorang nenek kepada cucunya.
Umum selalu menyatakan bahawa cucu yang dipelihara oleh datuk @ nenek selalu dimanjakan. Mungkin kenyataan itu ada kebenarannya. Sifat sayang seorang ibu atau bapa agak sukar untuk dizahirkan kepada anak-anak yang telah dewasa lebih-lebih lagi anak yang telah berkeluarga. Oleh itu, hanya kepada cucu-cucu merekalah kasih sayang ini dapat dizahirkan dan dikongsi menggantikan tempat anak-anak mereka.
Kepada anak-anak, fahamilah situasi ini dan jangan salahkan ibu bapa kita jika mereka memanjakan anak-anak kita. Bersyukurlah .... kerana kita masih diberi peluang menikmati kehidupan ini bersama-sama mereka ..... fikir-fikirkan .....
ye, nenek pon jadik ibu/ bapa bila berlku pergolakkan antra ibu + ayah.
ReplyDeletekasih nenek juga perlu dihargai
Ibu ayah, atuk nenek. Semuanya ada cara lahirkan kasih sayang. Tapi kalau layan terlebih lebih nanti mendatangkan masalah juga.
ReplyDeletekena pandai2lah.