Sekarang Mak dan Abah tidak lagi membeli suratkhabar, sebaliknya hanya perlu melayari internet untuk mendapatkan berita-berita terkini.
Followers
Friday, September 24, 2010
KOMPUTER 1 MALAYSIA
Friday, September 17, 2010
BALIK KE KG KELAHIRAN : BKT MERAH .....
Selain menikmati pemandangan yg indah, di sini juga sesuai untuk memancing bersama-sama keluarga....
Uniknya.. di tengah-tengah kolam ini terbentang jaluran rel kereta api (jalan kereta api) merentangi kolam yg luas ini....




Friday, September 10, 2010
GAMBAR KELUARGA DI HARI LEBARAN ............
Saya mempunyai 13 orang adik-beradik (yang bongsu meninggal dunia pada umur 9 bulan). 9 orang telah berkeluarga manakala 3 orang lagi masih "single". (Masing2 dah ada calon)...... Ini adalah sebahagian gambar kami bersama mak dan abah yang diambil pada hari raya yang pertama ....... yang lain beraya di rumah mentua .....
TAKBIR MALAM RAYA .......
Pada malam menjelang Hari Raya, jiran-jiran terdekat mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah sambil bertakbir dan membaca doa selamat. Rumah saya merupakan rumah yang ke-7 dikunjungi pada malam itu. Majlis pada malam ini bermula seawal jam 8.00 malam dan berakhir kira-kira jam 11.30 malam. Seramai kira-kira 40 orang telah bersama-sama dalam majlis ini yang turut disertai oleh Tuan Pengurus iaitu Encik Habib ........ Majlis ini disambung lagi selepas subuh dan selepas sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri ..... Semoga amalan kunjung-mengunjung ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang ..... Insyaallah....
Wednesday, September 8, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (2)

Ini mungkin Kad Raya yang paling "simple" yang pernah dikeluarkan dalam blog ....just copy and paste ... tak payah edit guna photoshop ker eper2 ker .......
Kepada semua Blogger, Pengikut dan Pengunjung yang amat dihargai, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ..............
Selepas ziarah sanak saudara dan rakan-rakan jangan lupa juga kunjungan ke laman rakan-rakan bloggers ...........
Kepada semua Blogger, Pengikut dan Pengunjung yang amat dihargai, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ..............
Selepas ziarah sanak saudara dan rakan-rakan jangan lupa juga kunjungan ke laman rakan-rakan bloggers ...........
DAPAT DUIT RAYA
Friday, September 3, 2010
KUNJUNGAN KE KEDAH DARUL AMAN
Jadi ini merupakan misi 3 dalam 1 iaitu Kerja, Bersantai dan jemput adik..........
Tempat tinggal selama 3 hari tu ialah di Hotel Seri Malaysia di Sungai Petani.... jadi merasalah berbuka dan bersahur di hotel tu.....
Sebelum balik, Mak, Abah, Fairuz dan Fiqah sempat juga berkunjung ke "Pekan Rabu" di Alor Setar. Apa yang menariknya pada masa yang sama Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah pun berada di situ sama-sama "shopping" baju raya.
Apa lagi .... Mak dan adik-adik pun mengambil peluang bersalaman dengan mereka. Abah pulak bersalaman dengan Tun Mahathir.....
Mak kata, patut la hari ni tangan rasa gatal rupanya nak bersalaman dengan orang besar-besar.....
Yang berdua tu biasalah ..... mesti nak bergambar pulak .... nasib baik Tun berdua tu "sporting" .......
Tak sangka la pulak .... Misi 3 dalam 1 dapat BONUS berjumpa dengan TUN ......
Jelesnyer aku .........
INTERPERTASI - MERDEKA
Subscribe to:
Posts (Atom)