
Selepas sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri, saya terus sahaja mengikuti rombangan ziarah yang telah menjadi kelaziman bagi kami yang tinggal di Blok 5 dan Blok 12.
Rumah saya merupakan rumah yang ke-3 dikunjungi. Selain daripada kuih-muih dan lemang, bihun sup merupakan menu utama yang dihidangkan di rumah saya.
Alhamdulillah, pada sebelah pagi sahaja hampir 150 orang yang datang.Terima kasih kepada adik-adikku yang bertungkus lumus menyediakan juadah serta melayan tetamu yang datang.
Pagi ini (Raya Ke-2), saya sekeluarga akan pulang ke kampung di Bagan Serai selain menziarahi nenek di Bukit Merah.
