Followers

Monday, January 14, 2013

Isu Kalimah ALLAH ....... Syabas "Majlis Syura" walaupun tidak senada dengan Presiden


Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat yang beragama Islam (kecuali Anugay dan konco-konconya) akan berasa amat lega dengan keputusan Majlis Syura yang tidak menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam mahupun digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.

Walaupun keputusan yang diambil tidak senada dengan pendirian Presiden PAS sebelum ini, namun buat seketika Majlis Syura dilihat berpendirian tegas walaupun tidak sealiran dengan kehendak sekutu mereka daripada PKR dan DAP. Keputusan ini juga dilihat memberikan tamparan yang hebat buat kumpulan "parasit" dalam PAS sendiri.

Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura .....

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

........ ALHAMDULILLAH .....

Sunday, January 13, 2013

Kiblat Tak Tentu Arah ....... Patutkah


Kalau kita hendak memperkatakan KELEMAHAN orang lain memanglah mudah. Tidak kira siapa kita. Kepada golongan yang selalu memperlekeh dan memperkecil usaha orang lain dengan mengungkit kelemahan yang timbul walaupun kecil, ini adalah contoh terbaik. Apakah golongan ini juga maksum hingga tiada kelemahan dilakukan.

Persoalan yang boleh diajukan ialah seperti ;
a) mengapakah pembesar suara tidak digunakan bagi memaklumkan arah kiblat sebenar
b) tiadakah warga KL yg turut serta dalam perhimpunan ini yang boleh membetulkan keadaan ini

Namun syabas dan tahniah kerana mereka tetap menghormati waktu solat. Ini yang mungkin tiada dalam acara anjuran BN. Mungkin agak melampau jika saya katakan, jika ini adalah acara anjuran BN, selepas acara lebih ramai yang sanggup berbual kosong "syok sendiri" di warung-warung kopi sehingga habis waktu solat terutama "PEMUDA". 

Marah !!!!!! Marahlah kerana ini adalah suatu kenyataan yang perlu ditelan walaupun ia pahit. 
Jadi ....... berubahlah. 
Tinggalkanlah budaya memakai "GELANG GETAH" di tangan. Kadang-kadang hanya kerana itu, orang yang sebelum ini ingin bersama-sama naik "MENYAMPAH" kerana ia bukanlah budaya kita.

" Kebetulan semalam saya terserempak dengan kumpulan "HIJAU" yang sama-sama berhenti di surau TOL ....... untuk menunaikan solat Maghrib. Oleh sebab terlalu ramai, ada sebahagian ahli kumpulan yang berjemaah di bawah pokok. Itulah kekuatan kumpulan 'HIJAU" ini yang tiada pada kumpulan "BIRU"...... mereka tetap ingat dan menunaikan "HAK ALLAH" dengan masing-masing menjaga solat mereka.....

Kepada kumpulan PEMUDA "BIRU" khasnya janganlah marah dengan hakikat ini ......
Sebaliknya ......"BERUBAHLAH" ....

Fikir-fikirkan .....