Followers

Sunday, August 29, 2010

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA


















Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-53 yang akan disambut pada 31 Ogos 2010 ini ... saya ingin mendedikasikan sebuah SKETSA untuk tatapan dan renungan bersama ......



SKETSA PERJALANAN SEBUAH KEJAYAAN

Kurun ke-15…..
Seorang Raja yang diusir dari kerajaannya
Melangkah……dalam kabut mencari
Sirna kegemilangan yang hilang…..
Sambil… merenung jauh ke dalam dirinya……
Mengapa aku jadi begini? Apa salahku?
Oh, mungkin selama ini aku lupa !
Bahawa kekuasaanku tidak ke mana…….

Parameswara…….
Ketika duduk berehat
Dari perjalanan yang jauh…
Terpaku melihat anjing kesayangan
Yang tiga ekor itu
Tumpas diterajang Sang Pelanduk Putih
Yang cilik……

Dari kekaguman itu… bertanya Sang Raja
Kepada Memanda Menteri yang setia….

Pokok apakah gerangannya tempat Beta bersandar ini?

Ampun Tuanku…. Dalam pengetahuan patik, pokok itu pokok Melaka , Tuanku.

Beta ingin membuka kerajaan di sini dan beta namakan kerajaan ini kerajaan Melaka.

Kini…. Sekurun telah berlalu…..
Kerajaan Melaka , kerajaan bertuah.
Empayarnya begitu gah….
Acheh… Kepulauan Riau…. Seluruh Semenanjung Emas dijajah.
Siapa yang tidak kenal pelabuhan Melaka?
Namanya tersohor di seluruh pelusuk dunia.

Hinggakan…
Raja yang bertakhta di negara atas angin….
Hatinya semakin gundah, cemburu , marah…
Lantaran Pelabuhan Lisbon mula dilupakan.

“Lopez De Sqeira …..pergi kau ke Melaka….
Intip kekuatannya……. Beta mahu Melaka yang gemilang itu menjadi jajahan Beta.”


Pada tahun 1511….
Berangkatlah Alfonso De Alburqaqeu…
Bersama bala tentera dengan tekad dan tujuan...

Kita hapuskan kerajaan Melaka….
Hapuskan kegemilangannya….
Kita hapuskan bangsanya….
Kita takluk mereka……

Sejarah sentiasa berulang…….
Jika dahulu… Parameswara pernah lupa….
Kini Sultan Mahmud juga alpa….
Bezanya……
Parameswara dapat bangun dalam kesedaran…
Namun Sultan Mahmud diusir dalam kehinaan…..

Batu-batu nesan dan dinding-dinding masjid …
Menjadi saksi….
Di atas bangunnya sebuah Kota A- Farmosa….
Portugis bermaharajalela….
Dek khianatnya Raja Mandeliar…
Yang berpaling tadah ……
Membuka pintu kota…….

Apakah kalian masih mahu mendengar aku bicara…?
Bagaimana perjalanannya sebuah kejayaan ?

Kurun ke-19……
Kerajaan Kedah…..
Yang merasakan dirinya kerdil dan lemah….
Meminta bantuan Inggeris yang helah….
Dari ancaman Siam yang dianggap gagah.

Pulau Pinang…..
Maruahmu jadi pertaruhan….
Francis Light meminta habuan….
Dari bantuan yang dihulurkan.


Di Perak……
Di negeri bertuah ini…….
Di negeri pewaris kerajaan Melaka.
Namun nasibmu sama ……
Kerana….
Ada petualang yang sanggup……
Mengkhianati……
Negaranya…. Bangsanya…dan agamanya….

Raja Abdullah…
Kerana kecilnya jiwamu…
Sanggup kau ranapkan …
Harapan rakyat yang besar ini.

Namun…
Tuhan itu maha adil…….
Segala dalam pengetahuannya…
Jika kau lemah….
Masih ada yang kuat semangatnya…
Pantang tunduk kepada penjajah.
Apatah lagi kepada Birch yang angkuh itu…
Yang tidak tahu adat susila….
Harta kekayaan ingin dijadikan miliknya….

Akhirnya…
Hayat Residen Inggeris angkuh itu…
Tamat di tangan Puntum….
Orang biasa ….
Yang punya jiwa luar biasa…
Al-kisah… tugas terlaksana ……
Atas arahan Datuk Maharaja Lela……


Raja Abdullah…
Aku ingin bertanya……
Ke mana pergi seterumu ?
Kau lupa ?
Orang putih itu !
Berbalaskah budi mu?
Mengapa engkau juga terdampar ..
Di pulau yang terpencil ini…..

Dengar kataku…
Itulah balasan bagi pengkhianat bangsanya…

Datuk Maharaja Lela… Puntum…..
Kami relakan pemergianmu…..
Kau berdua adalah pejuang sejati….
Sama seperti yang lain….

Datuk Bahaman…. Mat Kilau…. Tok Janggut
Tok Gajah…… Rentap….. Dol Said…..
Datuk Kelana Sungai Ujung….

Mereka juga…. pejuang sejati….
Pepatah dipegang erat…
Biar putih tulang ,jangan putih mata.

++
Telah jauh perjalanan kita….
Manakah kejayaan yang kau katakan?

Sabar dahulu sahabatku…..
Bukan kejayaan itu …….
Tidak datang dengan sekelip mata…..

++

Kurun ke-20………
Seluruh Tanah Melayu dijajah…
Hilang sudah semangat Hang Tuah…..
Rakyat menjadi hamba di tanah sendiri……

Dalam kekalutan dan kebingungan itu…
Dari kejauhan terdengar……..
Bisikan gelombang yang datang…
Dari arah matahari terbit….
Katanya … Asia untuk Asia……
Kami akan bantu peribumi memerintah negaranya….

Kehadiran Jepun ditunggu penuh harap….
Moga Inggeris akan lenyap…….

Orang dahulu ada berkata…
Burung terbang…jangan dipipiskan lada……

Jepun….
Rendah…kecil molek bangsanya….
Namun….. pedang…. sepak terajang …
Adalah bahasanya
Rakyat diherdik….
Melawan…dipancung…..
Peribumi tertindas lagi……

Jati diri bangsa telah lama hilang……
Memohon Inggeris segera pulang…...

Kita lupa…..
Merekalah sebenar-benar petualang……

Kembalinya Inggeris dengan penuh…
Kesombongan……..
Ingin merampas hak peribumu…..
Raja dan sultan ingin dipinggirkan…
Malayan Union dilaksanakan….

Orang Melayu bangun…
Menentang…
Rupanya masih ada sisa-sisa ………
Semangat perjuangan Mat Kilau , Puntum dan
Lainnya
Sederap langkah, seia-sekata……

Akhirnya….
Penjajah akur …….
Tanah ini milik kita……


Setelah hampir 450 tahun……..
Dijajah……..
Pada tanggal 31 Ogos 1957….
Bergemalah kalimat sakti…..
MERDEKA….MERDEKA….MERDEKA…
Dan bermulalah …
Perjalanan Sebuah Kejayaan………..

Sekian….

Hasil Nukilan:

Rafi MN. Ogos 2010
( feldatrolakselatan.blogspot.com )

Friday, August 27, 2010

KEMUDAHAN AWAN - KERETA API

Pernahkah anda menaiki kereta api.?????? Pada saya, kereta api merupakan sebahagian daripada kehidupan remaja saya. Ia merupakan kemudahan awam yang penting untuk membawa saya pulang ke kampung pada setiap kali cuti sekolah (Tahun 80-an). Pada ketika itu Gerabak Kelas 3 merupakan pilihan terbaik kerana tambangnya agak murah berbanding kelas yang lain. Tiada pendingin hawa .... yang ada cuma kipas syiling yang berputar laju di atas kepala penumpang.`Namun tiada sesiapa yang merungut...... yang penting sampai ke destinasi yang ingin dituju. Pada ketika itu tiada jaminan tempat duduk. Kalau bernasib baik, dapat kerusi dan duduk dengan agak selesa jika tidak, lepaklah di mana-mana yang patut waima di hadapan tandas sekalipun kerana keadaan penumpang yang sesak.

Pernah suatu ketika, saya bersama-sama 2 orang rakan saya ingin ke Penang dengan menaiki Kereta Api Malam. Kami menaiki kereta api pada kira-kira jam 9.00 di Stesen Sungkai. Keadaan kereta api terlalu sesak. Seorang daripada kawan saya hanya dapat berpaut di pemegang pintu kereta api sahaja dengan sebelah kaki di dalam kereta api dan sebelah lagi di luar tangga kereta api.

Di dalam gerabak , ruang pejalan kaki dipenuhi dengan penumpang yang tidur beralaskan surat khabar. Keadaan agak panas dengan bau yang kurang enak ditambah lagi bunyi tangisan kanak-kanak.

Akhirnya kami bertiga terpaksa membatalkan rancangan bercuti ke Penang dan terpaksa turun di Stesen Tapah Road memandang kawan saya sudah tidak mampu untuk terus berpaut pada pemegang pintu kereta api. Jika difikir-fikirkan ia tidak ubah seperti penumpang kereta api di India pada masa kini.............

########************##########***********#########**********########*********

Gambar di bawah diambil ketika anak sulung saya turun dari kereta api di Stesen Sungkai dari Ipoh semasa cuti sekolah bersempena Cuti Nuzul Quran hari ini. Walaupun kali pertama, daripada riak wajahnya menjelaskan bahawa perjalanan yang dilalui tidaklah seperti apa yang saya alami kira-kira 20 yang lalu...........




Friday, August 20, 2010

TERKENANG SEMASA DULU ......


Apabila tengok gambar ni, teringat la pulak semasa kecik-kecik dulu ........ permainan MERIAM BULUH merupakan sesuatu yang lumrah pada setiap kali datangnya bulan puasa. Walaupun pada masa tu baru berumur 8 @ 9 tahun, tapi meriam buluh ni kena buat sendiri........ Tebang pokok buluh yang paling besar (biasanya sebatang tu boleh kongsi 2 @ 3 orang). Sorang ambil 5 @ 6 ruas..... Ambil kayu yang lurus dan kuat, hentak dalam buluh untuk pecahkan buku buluh dan tinggalkan buku yang terakhir ..... berhampiran buku yang terakhir tu buat lubang kecil untuk mencucuh meriam ......... ikat batang meriam tu dengan tali atau dawai untuk mengelakkan ia pecah ............

KARBAID mana nak dapat........ suruh ayah beli pasti tak dapat punya....... tak pa ........ ayah biasanya guna karbaid tuk peram pisang, mempelam dll. ..... cilok sikit ...... ayah bukan tak tahu ...... tapi saja buat-buat tak nampak......

Lepas berbuka (tu pun kalau berpuasa) terus jumpa kekawan di lokasi yang telah dirancang ...... yang syoknya, mak ayah tak kata apa-apapun....... itulah tingginya kepercayaan mak ayah dulu-dulu kepada anak-anaknya...... jadi kami pun ambillah kesempatan tu......

Biasanya main meriam ni lawan kampung sebelah (+- 0.5km jer)..... kalau bunyi meriam yang kita buat tu kuat ... punya ler seronok..... tapi kalau bunyi meriam kampung sebelah tu lagi kuat..... bengang gak hati ni..... mula la oter macam-macam....... masa ni dah jarang kedengaran bunyi meriam buluh ....... eloklahn tuuuuu ....... cuma kekadang terkenang semasa dulu......



Wednesday, August 18, 2010

BUDAYA KITA WARISAN KITA

Semalam (18.8.2010 / Rabu) TV1 telah memaparkan kehidupan Etnik Banjar di Selabak, Teluk Intan dalam Program Budaya Kita Warisan Kita. Entry kali ini saya ingin berkongsi tentang beberapa perkataan dalam Bahasa Banjar serta kaedah menidurkan bayi cara orang Banjar.


PERHATIAN : INI BUKANLAH KES PENDERAAN BAYI !!!....... tetapi inilah suatu kaedah menidurkan bayi yang diamalkan oleh orang-orang banjar. Kaedah ini dikenali sebagai PUKUNG. Walau bagaimanapun kaedah ini hampir dilupakan oleh generasi banjar masa kini. Akibatnya amat jarang sekali kita dapat melihat bayi dipukung walau di kalangan masyarakat banjar sekalipun. Hal ini terjadi kerana kemahiran memukung ini tidak diperturunkan kepada generasi muda disamping kurangnya keyakinan diri untuk memukung bayi berkenaan di kalangan generasi banjar sekarang.

TEKNIK MEMUKUNG :
Buai yang digunakan mestikah bertali dua supaya kedudukan bayi dan ayunan buai stabil. Kain buai biasanya kain batik atau kain pelikat.
Sehelai kain batik atau pelikat yang lain juga digunakan sebagai tali pengikat di bahagian leher atau bawah dagu.
Bayi yang ingin dipukung diletakkan di dalam buai secara duduk. Lebihan belakang kain buai dikemaskan ke bahagian tepi menjadikan bahagian belakang seolah-olah tempat bersandar bayi ketika dalam buaian.
Kain batik atau pelikat kedua digulung kemas sebelun dililit di bahgian bawah dagu bayi. Pastikan lilitan ini kemas dan selesa untuk bayi. (tidak terlalu ketat atau terlalu longgar serta ketinggian yang sesuai).
Kini bayi di dalam buaian seolah-olah dibedung atau dipeluk oleh kain buaian berkenaan.

KEBAIKAN BERPUKUNG :

1. Mudah untuk menidurkan bayi dengan cara menimang.
2. Biasanya bayi akan mudah tidur, tidur lama dan nyenyak.

PENGAKUAN :

* Semua anak saya pernah dipukung sekurang-kurangnya sekali. Itupun kerana terpaksa ..... dah tak tahu nak buat macamana ...... asyik menangis dan tak mahu tidur ...... akhirnya kena pukung ....... alhamdulillah tidur nyenyak.........

AMARAN : JANGAN DICUBA JIKA TIDAK BERGURU PADA YANG TAHU........



DI BAWAH ADALAH ISTILAH-ISTILAH YANG DIGUNAKAN DALAM BAHASA BANJAR






Sunday, August 15, 2010

RIBUT DI PASAR RAMADHAN - MELAKA

video

Semasa video ini diupload, telah ada beberapa klip video kejadian yang sama di YOUTUBE, tetapi hampir semuanya memaparkan peristiwa selepas kejadian. Namun klip video ini memaparkan dengan jelas keadaan sebelum dan semasa kejadian.

Jika diperhatikan, kejadian ribut puting beliung yang melanda hanya tertumpu kepada kawasan perniagaan pasar Ramadhan berkenaan. Pokok-pokok yang berada disekitar tempat kejadian kelihatan tidak menunjukkan ada berlakunya ribut yang begitu kuat di kawasan berkenaan.
Jadi ia merupakan suatu kejadian yang luar biasa ........... dan apakah ia merupakan suatu bala yang diturunkan oleh Allah sebagai suatu peringatan kepada hamba-hambanya......

Klip video ini dihantar oleh seorang rakan melalui akaun Facebook saya..... diharap perkongsian ini akan menginsafkan kita tentang kebesaran Allah.......

FIKIR-FIKIRKAN......... (1)

- bala yang diturunkan oleh Allah bukanlah sesuatu yang sia-sia, namun ia merupakan suatu peringatan agar kita sebagai hambaNya bermuhasabah diri tentang apa yang telah kita lakukan berkemungkinan ada yang menyalahi hukum dan syariat Islam.

- bala tidak diturunkan kepada orang-orang yang kufur dan engkar sahaja tetapi meliputi seluruh masyarakat yang ada di situ tidak kira sama ada yang beriman atau tidak.

FIKIR-FIKIRKAN .......... (2)

BERNIAGA ........ PELARIS .......... PENDINDING ........ merupakan suatu yang lumrah dapat didengar yang dikaitkan dengan Peniaga Melayu khasnya.

Seorang kawan yang telah berhenti berniaga makanan di gerai terbuka beralih arah kepada menjual makanan di kantin sekolah sahaja dek kerana tiada PELARIS DAN PENDINDING.

Beliau bernah berkata kepada saya ; "Aku ingat kalau nak berniaga gerai makan yang penting makanan mesti SEDAP dan kedua peramah dengan pelanggan. Tapi sebenar itu tak cukup... kalau tak ada PELARIS DAN PENDINDING yang kuat, jangan harap kita dapat bersaing dengan orang lain. Gerai saya hampir sebulan tiada pelanggan. Ada yang kata saya tak buka gerai pada hal setiap hari saya berniaga....... dua tiga kali saya dah berikhtiar dengan orang yang pandai buat PENDINDING tapi tahan la sebulan dua .... lepas tu jadi balik...... la ni saya berniaga kat kantin je .... senang orang lain tak kacau ......."

FIKIR-FIKIRKAN ........... (3)

Apakah amalan PELARIS DAN PENDINDING ini juga ada diamalkan di pasar-pasar Ramadhan seperti ini untuk melariskan perniagaan justeru untuk mendapatkan keuntungan yang lebih....
Jika ada ..... adakah ia selaras dengan kehendak Agama dan tidak menyalahi hukum syarak .......
sebagai contoh dengan membaca doa ayat SERIBU DINAR atau apakah ia menggunakan pelbagai mentera yang tidak pasti akan maksudnya atau menggunakan pelbagai jenis tangkal dan rajah dan mungkin ada juga yang menggunakan air mandian jenazah.......

Jika mahu dibincangkan bab ini seluas-luasnya sudah pasti ruang yang terhad ini bukanlah medan untuk tujuan itu ...... namun apa yang pasti, ia sudah menjadi suatu yang agak lumrah bagi masyarakat Melayu .........

KESIMPULAN :

1. Bukanlah saya bermaksud bahawa kejadian yang berlaku adalah bala daripada perbuatan seperti yang saya sebutkan di atas ...... namun ia suatu peringatan untuk hambaNya yang mahu berfikir......
2. Jika kita mahu kaya ... ada pelbagai cara boleh kita lakukan .... tetapi adakah ia selaras dengan syariat Islam ....... ingatlah bahawa "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"
3. Semua manusia ada melakukan dosa tetapi sebaik-baik manusia ialah apabila dia melakukan dosa, dia segera bertaubat ...... Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Wallahuaklam ......

Thursday, August 12, 2010

ANTARA TARAWIH DAN TAWARIKH ........

Dengan munculnya bulan Ramadhan yang mulia ini, dua ungkapan di atas sering menjadi ungkapan sinis bagi sesiapa yang pernah melalui zaman persekolahan yang menggunakan buku seperti gambar di atas.... Ungkapan yang dimaksudkan ialah " Awak ni sembahyang Tarawih ke sembahyang Tawarikh?" suatu ungkapan dalam bentuk pertanyaan sinis untuk kanak-kanak (biasanya) yang main-main ketika sembahyang Tarawih pada bulan puasa.

Bagi generasi muda kini, perkataan Tawarikh mungkin asing buat mereka.... namun yang bersekolah rendah era 80-an, buku ini dan mata pelajaran Tawarikh adalah sesuatu yang lumrah buat mereka.

Tawarikh bermaksud Sejarah. Jadi buku Tawarikh ini ialah BUKU SEJARAH bagi mata pelajaran Sejarah. Pada masa kini mata pelajaran Sejarah telah diserapkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan yang di dalamnya terkandung isi mata pelajaran Sejarah dan Ilmu Alam. (Sejarah dan Ilmu Alam merupakan subjek yang diajar di sekolah rendah era 70-an dan 80-an)

Jika dibandingkan isi kandungan pelajaran, era 70-an dan 80-an aras pembelajarannya jauh lebih tinggi jika dibandingkan isi pelajaran sekarang. Sebagai contoh :

Isi Pelajaran Tawarikh : meliputi sejarah Tanah Melayu sehingga terbentuknya Malaysia, sejarah Negara Indonesia, Filipina, Siam, China, dan beberapa negara Asia yang lain.

Isi Pelajaran Ilmu Alam : antaranya Ilmu Alam Malaysia, Tanaman Gandum di Preiri, Lombong Arang Batu di Rhur (Jerman), Pembalakan di Kanada, Kilang Kereta di Detroit, Dll.


Saturday, August 7, 2010

CUBA, TRY, TEST, TENGOK ..... BHG. 2

Seperti yang dijanjikan, entry kali ini , saya akan berkongsi cara-cara membuat roti jala atau roti kirai;

Bahan-bahan :

- 500 gram tepung gandum
- 750 ml air
- sebiji telur ayam
- Pewarna Kuning Telur (Star Brand)
- 1 sudu makan minyak masak
- garam halus

Cara-cara penyediaan :

- Masukkan 500 g tepung ke dalam bekas yang bersesuaian
- Masukkan sebiji telur ayam
- Masukkan air sedikit demi sedikit (750 ml) dan kacau
- Masukkan 2 titik pewarna (Kuning Telur) dan sesudu makan minyak masak dan sedikit garam
- Kacau adunan sehingga rata

*** Untuk memastikan adunan rata dan halus .... masukkan ke dalam Blender dan adun selama 30 saat......

Kini adunan tadi telah sedia untuk dikirai dengan menggunakan acuan kirai yang sesuai.

SELAMAT MENCUBA ........



THE BIG FOUR - CHELSEA

Setelah berakhirnya pesta Piala Dunia FIFA 2010, tumpuan kini terarah kembali kepada Kejohanan EPL dengan setiap pasukan mula mencongak-congak strategi yang akan ditampilkan bagi mengungguli kejohanan pada musim ini. Walau apa sekalipun, tumpuan tetap diberikan kepada pasukan-pasukan yang digelar "The Big Four"yang mana salah satu pasukan yang tersenarai dalam pasukan tertsebut ialah Pasukan Chelsea.

Kali ini, saya ingin memaparkan beberapa koleksi cenderahati pasukan Chelsea yang turut tersimpan dalam almari khas untuk "Koleksi - The Big Four"........














Thursday, August 5, 2010

CUBA, TRY, TEST, TENGOK .....

Ha... kali ini pasal makan lagi .... Nampak macam sedap jer .... Memang sedap pun ...... tambah-tambah lagi kalau kita yang masak dan buat sendiri ..... Ada masalah ?????? Kalau saya yang lelaki pun boleh buat, inikan pula yang perempuan .... Saya cabar.... pasti anda juga boleh buat ....... Soalan saya kepada yang masih bujang........ Bila anda mula pandai memasak dan bila kali terakhir anda memasak ???????? Tak kira lelaki atau perempuan......

Saya pada awalnya memang tak tahu langsung pasal memasak. Yang tahu goreng telur jer..... Apabila habis belajar, dengan berbekalkan baki biasiswa ,saya pergi ke Kuala Lumpur dan menyewa bilik di Pantai Dalam. Tujuan saya bukanlah untuk mencari kerja tetapi saja-saja untuk "release tension" le konon. Sebulan saya tinggal di sana........ Pagi keluar jalan-jalan, malam baru balik .... kekawan yang lain masing-masing pergi kerja.... seronokkan!!!!!!!!
Untuk "save budget" saya cuba memasak sendiri memandangkan dapur dan alatan untuk memasak semua ada ....... Mula-mula belajar tanak nasi dari kekawan ... ok ... lauk telur goreng + kicap.... Lama-lama nak try lauk berkuah pulak ...... Dalam hati kata "Tak pa cuba jer... kalau tak sedap pun orang bukan tahu... aku yang makan.."
Pergi kedai beli ikan kembung dan kacang panjang.... siang ikan (bukan pandai pun) , potong kacang panjang ..... masukkan kedua-duanya dalam periuk ..... masukkan air .... pas mendidih masukkan sedikit kicap dan garam .......... dah masak, saya pun rasa ...... perrrrrrhhhhhhh .... tak tahu nak cakap macamana ...... sambil mata terkedip-kedip ....... teringat masakan mak di kampung ......

Semenjak peristiwa tu, saya mula bertanya dan belajar memasak ....... paling tidak ,lepas untuk keperluan sendiri pun jadilah......

Sekarang ...... nak masak apapun insyaallah ... BOLEH ....... kalau rasa teringin nak makan .... masak sendiri jer ....... tu pun kalau isteri nak rehat masak ..... yang pasti .... jarang-jarang (kata P. Ramlee)...

Roti Jala @ Roti Kirai untuk entry kali ini , memang saya sediakan sendiri dari A - Z. Kuahnya ...... kari ayam dan pengat durian (serawa durian) ........

Nak tahu resepi macamana nak buat........ tunggu entry seterusnya.......

Mai makan dulu .......... eeeemmmmm ...........
***** Petua makan sedap .... "Makan ketika lapar gilerrrrrrr......"