Followers

Sunday, June 27, 2010

TINTA AKADEMIK ENTERPRISE




















Ini adalah antara koleksi baju yang dipakai ketika menjalankan tugas bersama-sama pasukan TINTA AKADEMIK yang terlibat secara aktif dalam Program Seminar Pendidikan, Motivasi Pelajar, Kem Bina Insan dan Program "Journey to English".........

Thursday, June 24, 2010

3D MAGIC IMAGE @ MAGIC EYE












Ini adalah 3 contoh 3D Magic Image ATAU juga dikenali sebagai Magic Eye...... daripada pandangan kasar ia biasa sahaja....... tetapi sebenarnya di sebalik gambar ini terdapat gambar lain yang sangat cantik untuk dilihat..... ia juga digunakan sebagai salah satu cara terapi mata.... ada antara pengamal terapi mata cara ini telah pulih daripada rabun jauh atau dekat yang dialami sebelum ini.... walau bagaimanapun terapi ini hendaklah dibuat secara berterusan ........ (click pada pic untuk besarkan image)..

Gambar yang tersembunyi : Image 1 = image love atau bentuk hati ....... Image 2 = image kapal terbang ........... Image 3 = Image Unicorn .......

Tumpukan mata anda kepada image2 berkenaan ...... jika anda bertuah, anda mungkin dapat melihat image2 yang tersembunyi ........... SELAMAT MENCUBA.....

Sunday, June 20, 2010

TUGAS HUJUNG MINGGU












Sesi persekolahan akan bermula esok. Kepada sesiapa yang mempunyai anak bersekolah di asrama, hari Ahad merupakan hari yang agak sibuk merana menghantar anak-anak balik ke asrama masing-masing. Jika lokasi asrama dengan rumah tidak jauh, ia bukanlah suatu masalah yang besar tetapi jika jauh mungkin sehari suntuk diperlukan untuk menghantar anak-anak ke asrama.

Itulah situasi yang saya hadapi........ yang sulung (Muhammad Shahir) belajar di SM. Teknik Grik, manakala yang no dua (Muhammad Hasif) di SMKA, Bota. Walau bagaimanapun alhamdulillah pasal yang sulung tu pihak sekolah telah menyediakan bas dari Medan Kid Ipoh ke Grik. Jadi tak perlulah hantar sampai ke sana. Bas bertolak dari Ipoh jam 2.30 petang. Turun dari rumah jam 12.00 tengah hari. Sembahyang Zohor di Plaza Tol Ipoh Selatan. Sampai di Medan Kit jam 2.20 petang. Bas dah sedia menunggu. Turunkan Abang Long terus ke arah Bota pulak.

Sampai di SMKA. Bota jam 4.20 petang dan bertolak balik setengah jam kemudian. Sampai di rumah jam 6.30 petang. Biasanya kalau berhenti makan dan sembahyang Maghrib sampai di rumah kira-kira jam 9.00 malam.

Tugas hari ni dah selesai...... dua minggu lagi (Hari Jumaat) kena jemput dan hari Ahad kena hantar....... itulah antara rutin yang dilakukan...... Apa-apa pun itulah antara tugas seorang bapa @ ayah @ abuya @ walid @ appa @ father @ abah @ dll...... kepada semua....SELAMAT HARI BAPA (Hari ni laaa...)

Friday, June 18, 2010

JEM RASELLE - MENJADI ....











Jem RASELLE adalah singkatan untuk Jem RASBERRY + ROSELLE. Kelopak buah roselle yang diambil selepas direbus untuk membuat Jus Roselle sebelum ini dikisar bersama-sama buah rasberry yang telah direbus. Masukkan gula dan sedikit garam dan direbus sehingga agak pekat ....... maka jadilah JEM RASELLE.... keaslian rasa tanpa sebarang bahan pengawet..... eeeemmmmm ......cuba lah .......

Wednesday, June 16, 2010

KFC TANJUNG MALIM













Hujung-hujung cuti sekolah ni cadangnya nak la bawa anak-anak melawat PUTRAJAYA sehari dua....... tapi nasib tak menyebelahi kami apabila anak perempuan (Nurnabihah) demam tiga hari ...... jadi rancangan tu terpaksa la ditunda ..... mungkin pada cuti sekolah seterusnya..... dia pulak tak lalu makan ....... semua makanan dia kata tak sedap..... maklumlah baru lepas demam ....... dia kata dia nak makan kentang goreng ...... kami sekeluarga pun pi la KFC Tanjong Malim ...... nampaknya cuti kali ni dok kat rumah je la ......... Famili Gathering tahun ni pun tak tau lagi nak buat kat mana ......... mungkin PD atau Bukit Merah Lake Town Resort.........

RASBERRY











Ini adalah kali kedua pokok rasberry yang ditanam berbuah. Buah pada kali ini agak banyak berbanding sebelumnya. Kami bercadang membuat jem roselle + rasberry = jem roseberry..... harap-harap menjadi ......

RIADAH











Ni la riadah anak-anak masa cuti sekolah ....... main tepi rumah jer..... yang kecik tu tak leh join abang-abang dia main, sekadar menconteng atas pasir...... kira ok le tu....

Sunday, June 13, 2010

FIFA WORLD CUP 2010

DAPATKAN BERITA-BERITA TERKINI .............





SIRAP ROSELLE











`Saya ada menanam 3 pokok Roselle. Sebulan lepas ditanam dah mula berbuah..... penjagaan pokok paling mudah.... sesiapa pun
boleh menanamnya sama ada dalam pasu atau atas tanah.... gunakan baja daun dan baja bunga (yg biasa.. warna hijau & merah
tu...)
Tengok la punya subur..... berbuah sepanjang masa....... kalau ikutkan untuk kegunaan sendiri... ada sepokok pun dah mencukupi...... UNTUK MEMBUAT SIRAP ROSELLE..... petik buah yg dah matang.......
ambil kelopak buah dan bijinya dibuang........masukkan air dan gula.....seterusnya direbus....
biarkan mendidik kira-kira sepuluh minit......tapis untukmengasingkan kelopak ....... maka akan terhasillah jus sirap roselle... (TIDAK PERLU DIMASUKKAN PEWARNA KERANA BUAH ROSELLE AKAN MENGHASILKAN WARNA MERAH SECARA ASLI....)
Rasa sirap roselle sungguh segar ditambah dengan sedikit rasa masam...... eeemmm dahaga la pulak....

Simpan lebihan kelopak roselle yang telah direbus tadi untuk dibuat JEM ROSELLE......

MARTABAK DAGING

MARTABAK DAGING (SEGERA)

Lepas kenduri ... ada lebihan daging masak hitam ..... mula-mula tu keringkan supaya boleh tahan lama.... jadi la macam rendang tok pulak....

Selepas seminggu masih ada lagi...... jadi timbul la idea nak buat
martabak daging .....

Bahan untuk inti martabak :
1) daging masak hitam yg telah dikeringkan
2) telur 3) kobis yg dihiris kecil 4) bawang besar 5) cili
6) daun sup & daun bawang
(sebuk kari & garam tak perlu pasal dah ada pada daging masak
hitam tu ....... cuma masukkan kicap sedikit .... pas tu gaul jerr..)

Pasal ni martabak segera... jadi cuma gunakan kulit popia untuk
lapisan luar martabak tu...



Lipat kulit popia tu elok-elok pas tu goreng..... gunakan seminima
minyak ketika menggoreng tu...





Ni... dah siap la ni.... apa lagi... jemput la makan....
eeeemmmmm sodap jugak......

Tuesday, June 8, 2010

SILAT HARIMAU SRI RAMA

Pencak Silat Harimau Sri Rama ini dipersembahkan dihadapan mempelai yg sedang duduk bersanding........ Terima kasih daun keladi....

Monday, June 7, 2010

SUKRAN JAZILAN............


Saya bagi pihak Tn. Hj.Mat Noor dan Pn.Hajjah Jameah serta seluruh ahli keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ; Semua ahli Blok 5, Peringkat 1, semua ahli Blok 12, Peringkat 1, semua ahli blok 9, Peringkat 2, sanak saudara, rakan taulan serta semua jemputan yang hadir demi menjayakan dan memeriahkan Majlis Walimatul Urus yang telah diadakan.

Semoga majlis yang telah diadakan mendapat keberkatan daripada Allah sbwt. Begitu juga segala budi baik, pertolongan serta apa sahaja sumbangan yang telah tuan puan berikan hanya Allah yang layak memberikan balasan dan ganjaran.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati...

Begitu juga kami memohon jutaan kemaafan seandai terdapat salah silap serta apa-apa kekurangan daripada pihak kami kerana "Lautan mana tak bergelora, bumi mana yang tak ditimpa hujan." Dari itu...

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Akhirnya semoga semangat "Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing" dapat diteruskan demi perpaduan yang akrab ibarat "Aur dengan tebing" yang saling memerlukan antara satu sama lain......

Kepada kedua-dua mempelai yang mula melayari hidup berumahtangga ....... kami sentiasa mendoakan agar hidup berbahagia dalam keberkatan hingga ke akhir hayat ....... Aminnnn..

Sunday, June 6, 2010

PELAMIN & PENGANTIN ..... DLL.




Flower Gurls ........ HANIS & AISYIE....


SEBAHAAGIAN DARIPADA ANAK-ANAK SEDARA YANG SEMPAT BERPOSSING...



KUMPULAN PENCAK SILAT SRI HARIMAU MEMBUAT PERSEMBAHAN DI HADAPAN PENGANTIN...



PN. HAJJAH JAMEAH (IBU) SEDANG MENEPUNG TAWAR PASANGAN PENGANTIN......


TN. HJ. MAT NOOR (AYAH) TIDAK KETINGGALAN MENEPUNG TAWAR ......


ANTARA JEMPUTAN ISTIMEWA YANG TURUT HADIR MENYERIKAN MAJLIS ..... EN. HAFIZ SERTA KELUARGA.......

MAJLIS WALIMATUL URUS.. WAHIDA & AWAN